Friday, March 11, 2011

Buku Jingga janji manis kelirukan rakyat - Dr M


Assalamualaikum semua.

SHAH ALAM Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap pelbagai janji manis yang ditabur parti pembangkang dalam Buku Jingga hanya helah politik untuk memancing undi.

Bekas Perdana Menteri berkata, segala janji itu sengaja dibuat-buat untuk mengelirukan rakyat kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh sesiapa yang memerintah negara ini.

“Mereka ialah orang politik yang memang gemar menabur janji manis,” katanya ketika melawat Universiti Antarabangsa Al-Medinah (Mediu), di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang janji parti pembangkang dalam Buku Jingga iaitu rancangan 100 hari jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berkata, janji-janji manis pembangkang ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka merupakan sesuatu retorik.

“Jika menang di kedua-dua kerusi itu, mereka masih tidak mampu membentuk kerajaan dan jika berjaya menubuhkan kerajaan Pusat sekalipun, belum tentu mereka mampu melaksanakan janji-janji itu,” katanya.



Buku Jingga yang di agung-agungkan oleh Pakatan Rakyat.

Seorang penyokong kerajaan yakin buku jingga yang dikeluarkan oleh pembangkang boleh menyebabkan Malaysia bankrap dalam masa dua tahun sekiranya pakatan itu diberi peluang menerajui Putrajaya.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata, ini kerana buku itu lebih bersifat manifesto politik dan populis yang boleh membahayakan negara.

“Saya amat kecewa bila melihat dan membaca buku jingga ini kerana berdasarkan fakta-fakta ekonomi yang terdapat di dalamnya, Malaysia boleh bankrap dalam tempoh dua tahun sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang menguasai Putrajaya,”katanya.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Abdul Rahman berkata, penghasilan buku jingga itu bukan berdasarkan kehendak rakyat kerana ia langsung tidak menggambarkan kehendak akar umbi.


Walaupun mereka mendakwa buku ini digubal oleh pakar-pakar ekonomi, itu tidak bermakna ia menggambarkan kehendak rakyat secara keseluruhan dan ini amat berbeza dengan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Rakyat sekarang sudah bijak, bukan senang untuk di perbodoh-bodohkan - IBM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...