Tuesday, March 8, 2011

Koleksi Mutiara Kata


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

INGATLAH BAHAWA FIKIRAN YANG SIHAT DAPAT MELANCARKAN SEGALA KERJA, WALAUPUN PEKERJAAN ITU MERUPAKAN PEKERJAAN YANG PALING BERAT. INI KERANA SETIAP TINDAKAN KITA HARUS DIMULAI DENGAN BERFIKIR, TANPA BERFIKIR PASTI KITA TIDAK AKAN BERJAYA DALAM APA-APA JUGA YANG DILAKUKAN.

Mari sama-sama kita hayati akan MUTIARA KATA INI :

~ Orang yang diminta nasihatnya dipercayai. Jika ia memberi nasihat maka berikanlah nasihat yang ia sendiri ingin melaksanakannya untuk dirinya sendiri.

~ Akhlak yang mulia itu merupakan amalan (bakal-bakal) penghuni syurga.

~ Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat, nercaya Allah akan memberi taufik dan hidayah bagi memperelokkan urusan mereka.

~ Setiap apa yang dibelanjakan oleh seseorang untuk rumah tangganya, keluarganya, anaknya dan khadamnya, nescaya ia akan mendapat pahala sedekah.

~ Orang yang dianggap paling bersyukur kepada Allah ialah orang yang paling banyak berterima kasih kepada manusia.

~ Amal-amal kebaikan itu dapat menjaga serangan jahat, dan sedekah yang dirahsiakan dapat memadamkan murka Tuhannya dan menghubungi [silaturrahim] itu akan menambah umur.

~ Seorang pekerja apabila menunaikan tugasnya dengan baik dan menerima haknya, makaia dianggap sebagai pejuang ke jalan Allah sampai ia pulang ke rumahnya.

~ Nikmat di syurga itu tidak sama dengan apa yang dilihat oleh mata, tidak sama dengan apa yang pernah didengar oleh telinga dan tidak sama dengan apa-apapun yang pernah terlintas di hati manusia.

~ Barang siapa yang menyimpan anggur pada hari menuainya sehingga ia menjualnya kepada seorang Yahudi atau Nasrani, ataupun kepada seseorang yang membuat arak, maka dia seolah-olah telah terjun ke dalam neraka dengsan kemahuannya.

~ Barang siapa yang berhadapan dengan Allah sedangkan dia mensia-siakan sembahyang, maka Allah tidak akan memperhitungkan kebaikannya, iaitu dia mensia-siakan sembahyang.

SELAMAT MEMBACA SEMUA.
IKHLAS DARI : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...