Friday, March 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

ASSALAMUALAIKUM, SALAM JUMAAT DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Teruskan membaca Hari Ini Dalam Sejarah untuk menguatkan lagi minda anda.


18 MARCH

Almahrum Tunaku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun 1961

PERTANDINGAN MEMBACA AL-QURAN PERTAMA DIADAKAN DI TANAH MELAYU
Tarikh Peristiwa 18-03-1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, satu Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan telah diadakan. Pertandingan selama empat hari ini yang diwakili oleh sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas inisiatif Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman yang bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam dan pembangunan rohani umat Islam. Pertandingan ini diadakan pada bulan Ramadhan dan menjadi acara tahunan. Pada awalnya, pertandingan membaca al-Quran menjadi amalan tradisi di beberapa negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Pada 5 September 1947, PEKEMBAR telah menganjurkan pertandingan ini di peringkat negeri Johor, manakala Tunku Abdul Rahman pernah mengadakan pertandingan tersebut di negeri Kedah pada tahun 1951 dan kemudiannya mengambil daya usaha menganjurkannya di antara negeri Kedah dan Johor pada tahun 1959. Nama pertandingan ini telah ditukarkan kepada Musabaqah Membaca al-Quran sebelum ditukarkan menjadi Majlis Tilawah al-Quran. Ia juga telah mula diadakan di luar bandar Kuala Lumpur dan di luar daripada bulan Ramadhan sejak tahun 1981. Sesungguhnya, kerajaan berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha untuk meningkatkan syiar Islam dalam mengisi kemerdekaan negara. DAN SETERUSNYA PADA HARI YANG SAMA.......

KONTRAK LEBUH RAYA UTARA-SELATAN DITANDATANGANI
Tarikh Peristiwa : 18-03-1988

Pada hari ini dalam tahun 1988, Menteri Kerja Raya, Y.B Datuk S. Samy Vellu bagi pihak Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian penswastaan projek Lebuh raya Utara-Selatan yang menelan belanja sebanyak RM 3.4 billion dengan Syarikat United Engineers (M) Berhad (UEM). Di bawah perjanjian itu, kerajaan memberi pinjaman sokongan sebanyak RM 1.65 billion dalam tempoh 10 tahun dan jaminan jumlah trafik dalam bentuk pinjaman kepada UEM untuk membolehkan syarikat itu beroperasi dengan berkesan. Menurut Datuk Samy Vellu, UEM selaku kontraktor utama akan menubuhkan satu konsortium terdiri daripada syarikat-syarikat Malaysia bertujuan untuk menubuhkan satu konsesi bagi mengendalikan projek pembinaan lebuh raya sepanjang lebih 494 Km. Pembinaan projek Lebuh raya Utara-Selatan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun dengan tempoh konsesi selama 30 tahun. Melalui perjanjian ini kerajaan akan memastikan semua pinjaman dikenakan syarat-syarat yang ketat bagi menjamin jumlah pinjaman yang diberi hanya digunakan semata-mata bagi pembinaan lebuh raya atau kepada bayaran-bayaran lain yang telah ditetapkan perjanjian. Sesungguhnya, projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semanjung Malaysia ini telah menjadi salah satu pemangkin kepada kepesatan pembangunan negara.


SELAMAT MEMBACA DAN TERUS MEMBACA - IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]


Lebuhraya PLUS


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...