Saturday, September 10, 2011

Nyawa melayang gara-gara sebatang rokok

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN

OKU mati dipukul kerana minta rokok. Kejam sunggguh pembunuhnya.....

KUALA LUMPUR - Gara-gara meminta rokok, seorang lelaki kurang upaya (OKU) mati dipercayai akibat dipukul seorang lelaki mengunakan rotan.

Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah kelab di Sungai Besi, disini, kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Jabatan Siasiatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa berusia 59 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi semalam, di Hospital Kuala Lumpur setelah enam hari tidak sedarkan diri.

Mengikut kata Chin, hasil laporan awal pihak Hospital, mangsa maut akibat jangkitan paru-paru, bagaimanapun, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.  

Apabila simangsa memarahi suspek kerana enggan memberi rokok, suspek tiba-tiba mengambil sebatang rotan di dalam bonet keretanya dan memukul mangsa berkali-kali akibat marah dengan mangsa OKU terbabit. Dan, berkemungkinan suspek bertindak diluar kawalan kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Begitu murahnya nilai nyawa manusia sekarang ni. Kerana sebatang rokok, sanggup menjadi pembunuh. Rokok sememangnyalah 'pembunuh' kepada manusia, kini manusia sesama manusia berbunuhan sesama sendiri kerana rokok. Aduhai, malang sungguh nasib si OKU tu. Diharap ini menjadi satu pengajaran kepada si penghisap rokok, berhentilah merokok kalau boleh. Merokok merbahayakan kesihatan. Nasihat dari kementerian Kesihatan Malaysia, begitu juga nasihat dari saya yang benar : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...