Tuesday, September 27, 2011

Sampai bila PAS dan DAP mampu berlakun??

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


Kalaulah di Malaysia ini ada mempunyai sebuah badan NGO yang di pertanggungjawabkan oleh Kerajaan bagi memilih dan sekali gus menganugerahkan Pelakon 'Terbaik' didalam bidang politik, sudah tentu pemenangnya ialah parti PAS dan DAP.

Mereka memang pakar, dan rakyat terkeliru dengan dakyah dan lakonan mereka. Tapi...sampai bila lakonan ini dapat di teruskan?....cuba baca dibawah ini apa yang dikatakan bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat. Baca jangan tak baca.........


KUALA LUMPUR 26 Sept – Pas hari ini dilihat sudah kehabisan modal untuk disogokkan kepada masyarakat  dalam usaha mengekalkan populariti parti itu setelah melihat Model Negara Berkebajikan tidak mampu untuk melonjakkan sokongan terhadap mereka.
Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad berkata atas dasar itu, Pas terpaksa menggali semula isu Hudud dalam usaha mengekalkan momentum mereka untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
Soal  beliau apakah Pas sedar atau tidak, hudud tidak lagi berada di dalam perjuangan Pas kerana mereka telah menukar konsep perjuangan kepada Negara Berkebajikan baru-baru ini dan perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan Pas hari ini.
Pelaksanaan Hudud itu di atas dasar Negara Islam..Tetapi hari ini bukankah Pas dah tukar kepada Negara Berkebajikan. Sepatutnya isu itu tidak timbul lagi.
“Apa yang patut diutarakan oleh Pas hari ini ialah bagaimana mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan itu.  Apa ciri-ciri serta pelbagai aspek lain yang perlu diberi penekanan. Mungkin mereka menyesal dengan menukar kepada konsep baru yang menyebabkan mereka hilang modal politik,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kemelut pelaksanaan Hudud timbul kembali hari ini dengan masing-masing mula membidas antara satu sama lain dan kepimpinan pakatan pembangkang dilaporkan menutup isu ini sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September.
Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya menegaskan Pas dan DAP hanya bersandiwara antara satu sama lain kerana mereka hanya mahukan populariti dan bukannya ikhlas dalam memperjuangkan yang diwar-warkan.
“Percayalah Pas dengan agendanya dan DAP pula dengan agendanya…Masing-masing hanya berlakon untuk memastikan undi mereka tidak lari.
“Kita jangan terperangkap dengan mainan politik lama Pas yang hanya menggunakan hudud untuk kepentingan politik mereka. Berhati-hati dalam mebuat kenyataan kerana dikhuatiri akan termasuk di dalam perangkap yang dipasang oleh Pas dan kuncu-kuncunya.
“Namun apa pun saya percaya Pas akan terjerat dengan isu ini dan akan mencari pihak lain untuk dijadikan kambing hitam. Tunggu dan lihatlah episod seterusnya nanti, ” katanya. -MediaUMNO
Bagi IBM, lakonan mereka ini tidak le kemana perginya. Percayalah, tidak lama lagi kebenaran akan terpancut keluar. Kita tengok siapa yang kena. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...