Monday, May 14, 2012

Siapa Kata Orang Muda Tak Suka UMNO??

KHAIRY (dua dari kanan) melihat dua remaja, Nur Amirah Syamsul Ibrahim, 23, dan Wan Nawal Leila Wan Ahmad (kanan), 23, mengisi borang keahlian Puteri UMNO pada Karnival Kerjaya Pemuda BN di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

LEBIH 70 peratus daripada 250,000 pengunjung sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sejak tiga hari lalu terdiri daripada golongan belia.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kehadiran golongan muda membuktikan matlamat UMNO menarik golongan itu mendalami isi perjuangan parti mencapai kejayaan.
UMNO juga telah membetulkan kekeliruan dan salah tanggapan golongan muda terhadap parti itu menerusi aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan sempena ulang tahun parti itu, katanya kepada pemberita pada hari terakhir sambutan tersebut.
Tengku Adnan yang gembira dengan sambutan memberangsangkan itu berkata, UMNO akan meneruskan strategi untuk mendekati golongan muda supaya mereka tidak lagi keliru dengan penipuan sesetengah pihak mengenai parti itu.
Usaha juga dipertingkatkan bagi memberi kefahaman kepada golongan muda mengenai usaha dan jasa parti dalam membangunkan negara dan rakyat, katanya. Untuk itu, IBM merasakan semua ahli-ahli UMNO, khususnya ahli-ahli lama supaya membantu dan memainkan peranaan bagi menyakinkan golongan muda untuk menjadi 'ahli Umno' dan memahami apa itu Umno dan mendalami perjuangan UMNO.

IBM yakin, golongan muda sekarang ini sudah menampakkan minat mereka untuk memasuki Umno dan sambutan yang menggalakan. Alhamdulillah. Oleh itu, teruskan mendamping golongan muda ini dnan jangan biarkan mereka berseorangan, pasti pembangkang akan mengambil kesempatan dan akan terus menghasut mereka-mereka ini dengan segala dakyah dan fitnah dan seterusnya  meracuni jiwa mereka supaya membenci Umno/BN. Itulah kerja pembangkang. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...