Monday, September 17, 2012

Sambutan 'HARI MALAYSIA KE-49' Meriah

PEMBANGKANG GERUN MELIHAT SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI SARAWAK

SEBAHAGIAN peserta menyertai persembahan sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu malam tadi
.


SAMBUTAN Hari Malaysia ke-49 yang berlangsung di tapak Lapangan Terbang Bintulu Lama, Bintulu, Sarawak malam tadi berlangsung penuh gilang-gemilang dengan dibanjiri lebih 25,000 pengunjung meskipun dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Pada majlis itu, tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan berunsurkan patriotik melibatkan hampir 600 peserta.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Terdahulu, pada sebelah petang, lebih 10,000 orang daripada pelbagai kaum telah membanjiri tapak majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia 2012 di Kampung Assyakirin, Bintulu yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.
Dengan sambutan yang begitu meriah, IBM yakin rakyat Sarawak masih di belakang Barisan Nasional (BN). Ini juga merupakan satu mesej kepada pembangkang supaya jangan nak beranggan untuk merampas Sarawak dari tangan BN. Jangan mimpi le. Sekian dari saya yang sentiasa mendoakan supaya negara kita sentiasa aman dan makmur. Jom tolak Pakatan Haram. ~ IBM
~ BARISAN NASIONAL UNTUK SEMUA ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Kepada seluruh warga Malaysia di merata dunia, SELAMAT HARI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih warisantmn. SELAMAT HARI MALAYSIA kembali moga Malaysia menjadi sebuah negara yang aman damai dan berwawasan tinggi. Insyallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...