Saturday, January 7, 2012

KEUNIKAN TAMAN TEMA AIR. JOM KITA PERGI!!



JIKA 20 tahun lalu, apabila sebut sahaja aktiviti air, pasti ramai yang mengaitkannya dengan kawasan pulau, pantai atau air terjun.
Lokasinya juga agak terhad dan lazimnya jauh dari bandar-bandar utama.
Bagaimanapun kini, kewujudan pelbagai taman tema air di negara ini memberikan pilihan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman yang sama dalam persekitaran bernilai tambah.
Horizon pada minggu ini membawa pengunjung menjenguk ke beberapa taman tema air popular di negara ini.
Sunway Lagoon
Beroperasi sejak 1993, lokasi popular di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor itu merupakan antara taman tema air paling lengkap di Malaysia. Ia menggabungkan taman tema, hotel dan kompleks beli-belah dalam satu kawasan.
Antara tarikan yang wajib dicuba ialah di Waters of Africa. Ia menawarkan permainan air menerusi dua tiub pertama di dunia setinggi 15 meter iaitu Cameroon Climb atau Congo Challenge iaitu enam lorong luncur air yang membolehkan meluncur pada kelajuan 40 kilometer sejam.
Pengunjung juga boleh ke Surf Beach iaitu kolam luncur ciptaan manusia terbesar di dunia untuk aktiviti meluncur, bermandi-manda dan bermain pasir.
Di samping itu, pengunjung boleh meneroka dunia permainan Wild Wild West dan World of Adventure di zon taman ria. Bagi peminat-peminat haiwan, mereka boleh bermesra dengan lebih 150 jenis haiwan di Sunway Wildlife Interactive Zoo.
Mahu menduga kelasakan dan melonjakkan adrenalin? Sertailah aktiviti paintball, memanjat dinding, flying fox, terjunan bungy atau sekadar berkayak di Extreme Park.
Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba antara tarikan terbaharu di situ iaitu Scream Park merupakan kawasan bertema seram atau bermain pagar sesat yang diilhamkan dari filem Terminator.

KEPELBAGAIAN aktiviti yang ditawarkan di taman tema air menjadikan ia lokasi sesuai untuk berlibur bersama rakan-rakan atau keluarga.


Saat perut berasa lapar, terdapat beberapa kafe dan restoran yang menyajikan aneka hidangan tempatan dan Barat. Di samping itu terdapat juga kedai cenderamata yang menjual barangan seperti kemeja-T, cermin mata, kipas, selipar, seluar dan cawan untuk dibawa pulang.
Desa Water Park
Lokasi seluas lima hektar yang paling hampir dengan ibu negara itu mula beroperasi pada tahun 1998. Desa Water Park mudah dilawati lantaran terletak di laluan Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur.
Taman tema air di Taman Danau Desa itu merupakan lokasi ideal bagi warga kota yang mahu berhibur bersama teman dan keluarga dalam keseronokan berkonsep basah.
Menawarkan persekitaran tropika mengadap tasik semula jadi seluas 20 hektar yang mengelilinginya, tarikan utama di situ ialah papan gelongsor terbesar di Asia yang dikenali sebagai Thunderbolt berukuran 400 meter panjang.
Selain itu, terdapat juga Super Tube, iaitu papan gelongsor setinggi 9 meter yang membolehkan pengguna bergerak secara memintal dan membelok mengikut arah perjalanan air .
Sementara itu, Surf Shark pula diminati oleh orang dewasa dan kanak-kanak kerana ia menyediakan pelbagai jenis gelongsor, pancuran hujan cendawan dan ombak buatan yang mengasyikkan.
Khusus untuk kanak-kanak pula, terdapat pilihan permainan air seperti Water Factory, Pink Slide dan Clown-A-Round yang boleh dicuba.
Selain mempunyai ruang amfiteater yang mampu memuatkan kira-kira 2,000 pengunjung, tarikan terbaharu di situ ialah Pet Zone yang seluas 1,219 meter persegi. Ia menempatkan pelbagai jenis haiwan dalam landskap semula jadi serta litar golf mini.
A’Famosa Water World
SETIAP taman tema air di negara ini mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik pengunjung.


Bagaimanakah perasaannya apabila menggelongsor di atas papan gelongsor pada ketinggian bangunan tujuh tingkat?
Jika itu mampu membuatkan anda teruja, bolehlah mencuba permainan High Speed Slide di A’Famosa Resort yang terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Berkonsepkan hiburan seisi keluarga, resort itu menawarkan tiga tarikan utama kepada pengunjung.
A’Famosa Water World seluas lapan hektar menawarkan aktiviti bermandi-manda dan permainan seperti Kid’s Adventure Play Pool, Arabian Village, Inner Tube Slide, Family Raft Ride, Lazy River dan Wave Pool.
Bagi pengunjung yang gemar melihat gelagat haiwan pula bolehlah ke Animal World yang menempatkan lebih 100 spesies haiwan seperti zirafah, unta, rusa, singa dan harimau belang.
Sementara itu, di Cowboy Town pula, pengunjung boleh melihat perarakan bermuzik haiwan, tarian kebudayaan, kereta berhias dan pertunjukan bunga api.
Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Pavillion atau Restoran Hillside jika berasa lapar atau sekadar mahu berehat selepas penat bermain air.
Bagi yang ingin bermalam, pihak resort juga menawarkan lebih 128 buah bilik hotel, 200 unit kondominium dan 200 unit banglo yang sedia diinap pada kadar yang berpatutan.
Lost World of Tambun
Populariti taman tema air mula menjengah ke bahagian utara tanah air melalui pembinaan Lost World of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak pada November 2004.
Dengan latar belakang bukit batu kapur, taman tema yang terletak di tapak seluas 16 hektar itu menjanjikan keseronokan dan keriangan yang tidak terhingga.

PENDUDUK di Pantai Timur kini perlu lagi berjalan jauh untuk tidak menikmati keseronokkan taman tema air sejak kewujudan Bukit Gambang Water Park.


Pengunjung boleh memilih sama ada untuk bermain papan gelongsor, air terjun, menaiki pelampung yang mengelilingi taman dan beberapa terowong atau gua yang mengejutkan pengunjung dengan pancutan air.
Dengan keluasan 3,200 meter persegi, terdapat tujuh jenis ombak yang ritma arusnya dipasang secara manual mengikut kesesuaian cuaca dan bilangan pengunjung.
Di samping itu, pengunjung juga pasti terhibur bermain pelbagai jenis permainan disediakan di Amusement Park seperti Perak Parade, Dragon Slight, Adventure Ahoy dan Buccaneer Boats.
Selain itu, menyaksikan binatang liar seperti harimau spesies Bengal dan Siberia di Tiger Valley serta melihat sendiri haiwan ini diberi makan serta berinteraksi dengan penjaganya.
Bagi mereka yang mahu mengabadikan percutian di taman tema ini dan dalam masa yang sama tercari-cari penginapan yang sesuai, Lost World Hotel boleh dijadikan pilihan.
Bukit Gambang Resort City
Menjadi satu-satunya, taman tema air di kawasan Pantai Timur, tidak hairanlah Bukit Gambang Resort City (BGRC) sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung.

SELAIN bermandi-manda, pengunjung juga boleh mencuba pelbagai permainan di taman hiburan Lost World of Tambun.


Dibuka Jun 2009, BGRC yang terletak di Kuantan, Pahang turut menyediakan penginapan berupa pangsapuri mewah, Caribbean Bay Suites selain taman airnya yang pasti memberikan pengalaman sukar dilupakan.
Terdapat beberapa segmen yang boleh diteroka, antaranya di Coco Beach yang merupakan pantai buatan manusia seluas satu kilometer persegi.
Di samping itu, terdapat juga aktiviti permainan gelongsor di Tree Top Hill yang mendebarkan manakala si kecil pula pasti teruja tatkala bermain dan bermandi-manda di Penguin Island.
Di sini juga, pengunjung boleh mengembara dengan menyusuri sungai glasier sepanjang 380 meter termasuk 50 meter di terowong ais.
Jika pengunjung berasa lapar, bolehlah menjamu selera di beberapa kafe tersedia seperti Tinmine Kopitiam, Coco Pizza, Penguin Express dan Coco Station.

p/s : Kepada anda yang ingin beristerihat bersama-sama dengan keluarga, eloklah bawa mereka-mereka yang tersayang di tempat yang dipaparkan di atas ni. Sebenarnya banyak tempat2 yang menarik untuk kita lawati di negara kita ini. Baik kita rehatkan minda kita buat sementara daripada keriuhan di kota dan kita lupakan sejenak tentang remeh-temeh dan isu-isu politik yang kian lama memeningkan kepala kita. - IBM

5 comments:

  1. Salam Bro,
    Patut promo masa cuti sekolah hari tu. Ni kena repost semula bila cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  2. W'kumusallam bro enalrahim,
    Hehehe...saja je. Skrg ni tgh pening kepala mengenakan suasana politik di negara kita ni. Makin lama semakin teruk.
    Harao-harap hari Isnin ini terungkai segala masalah yg di bawa oleh manusia yg bernama Anwar Ibrahim yg layak di panggil 'dajal'.
    Berihatlah dia di sgn buloh dan biarkan dia jadi Perdana Menteri di dlm penjara. itu kehendak dia.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing :)
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing :)
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing :)
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...