Thursday, August 7, 2014

KHALID KUNCI MULUT?

KHAMIS, 07 OGOS 2014

KEMELUT PEREBUTAN JAWATAN MB S'GOR..
APA strategi sebenarnya yang Khalid nak buat ni? Kedudukan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ibarat seperti 'nyawa-nyawa ikan'. Mahu tak mahu Menteri Besar Selangor,  Khalid Ibrahim mengambil pendekatan mengunci mulut  berhubung jawapan surat tunjuk sebab dan tindakan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya.‪ Sebaliknya, beliau hanya berkata, akan menjawab kesemua dakwaan secara bertulis sebelum pukul 10 pagi Jumaat. Buat masa ini beliau tak nak beritahu apa jawapan dari beliau, katanya ketika ditemui pemberita semasa program Solat Hajat Perdana  di kediaman rasminya malam ini (Khamis).‬‪ Seperti yang kita tahu, pada Selasa lalu, Lembaga Disiplin PKR meminta Khalid menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai Menteri Besar.‬‪

Malah, Khalid pada Khamis turut diarahkan Lembaga Disiplin PKR untuk hadir ke sesi pendengaran lembaga itu esok (Jumaat). Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Khalid bagaimanapun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menghadap lembaga disiplin parti atau tidak. Katanya beliau tidak pasti lagi akan hadir atau tidak tapi sebagai anak jantan beliau akan jawab surat tunjuk sebab itu. Nampaknya semakin hari semakin hangat kemelut dalam pakatan di Selangor ini. Haru-biru dibuatnya demi untuk memenuhi nafsu seorang manusia yang boleh di gelar 'Dajal'. 

Selagi hajat dan cita-citanya tidak kesampian, walaupun jawatan yang hangat di rebut sekarang ini bukan untuk beliau, tapi, ianya mesti tercapai. Kenapalah Mahkamah lambat benar menghantar beliau ke penjara Sungai Buloh?. Biar dia tersadai disana buat seketika. Bila lepas edah nanti, beliau dah agak senja untuk bergiat semula dalam politik. Maka, amanlah negara kita tanpa gelagat si penipu dan pengkhianat no 1 negara. Tak sabar nak tunggu PRN. Agak-agak bila ye? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...