Wednesday, April 11, 2012

Datuk Bandar MBPJ 'KAYU'...Ikut Telunjuk Khalid Gagap!!!

"MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR"
Antara Sebab Kenapa Pakatan Rakyat Mesti Dihalau Dari Negeri Selangor.......

Kelvin Chong Seng Foo keluar dari pejabat SPRM Selangor di Shah Alam semalam sambil membawa dokumen berkaitan isu projek komersial di atas sebuah padang di Sungai Way.

MANA lagi padang bola yang tinggal di Petaling Jaya ini?. Semuanya dah habis dikebas oleh kerajaan penyamun Pakatan Rakyat. Kononnya nak buat pembangunan, naikkan rumah, apartment, condo. Tak cukup-cukup ke rumah di Petaling Jaya ni? Menyedari perkara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo (gambar) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pembinaan projek komersial di atas tapak padang di Sungai Way, Petaling Jaya yang mendapat bantahan penduduk setempat baru-baru ini.

Kelvin yang ditemui selepas beliau membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di sini hari ini berkata, siasatan perlu dibuat bagi memastikan tidak berlaku rasuah dalam urusan kelulusan projek itu. Yang peliknya tu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohammad Roslan, seolah-olah kena pukau, mengikut saja apa yang Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim@Khalid gagap kata tanpa mengambil kira atau m,endengar bantahan dari penduduk sekitar. IBM bukan nak menuduh atau menjadi 'batu api'. Kalau tidak mendatangkan keuntungan apa-apa kepada si Khalid ini, atau dijanjikan sesuatu oleh pemaju, begitu juga dengan Datuk Bandar, tak kan Khalid bersungguh-sungguh ingin mengambil padang tersebut...ini mesti ada apa-apa. 
IBM harap, semua faham ye. Ini bukan tuduhan liar, menfitnah atau sengaja mengada-adakan cerita, tapi itulah realitinya. Tanpa apa-apa habuan, tak kan orang  no 1 di Selangor ni meluluskan projek tersebut. Bagaimana juga dengan Datuk Bandar?. Mengikut sejarah, padang tersebut ujud dan digunakan oleh penduduk setempat begitu lama. Masa itu, Datuk Roslan pun selaku Datuk Bandar sekarang ni belum datang ke Petaling Jaya. Jadi, mengikut penduduk di Sungai Way, terlalu banyak kenangan pahit dan manis berkenaan dengan padang tersbut.

Mengikut kata Kelvin, laporan ini juga dibuat berikutan kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohammad Roslan Sakiman untuk membuat penjelasan mengenai isu berkenaan sehingga kini. Sebenarnya, memang mereka berdua ingin mengelak diri dari dipersoalkan perkara tersebut, mereka juga tak mahu pening kepala, dan kalau boleh mereka tak layan langsung akan rungutan dan bantahan penduduk di situ. Mereka beranggapan mereka ada kuasa. Bagaimana pun, IBM ingin ucapakan setinggi tahniah kepada Mr Kelvin yang berani menyuarakan bantahan dan sekali gus membuat laporan kepada SPRM.

Diharap, pihak SPRM dapat membuat siasatan secepat mengkin, kerana terlalu banyak 'korapsi' berlaku di dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini. Kalau hal-hal seperti ini yang hak-hak rakyat di belakangkan, rungutan rakyat tidak diindahkan, janji pada rakyat tidak ditunaikan, apatah lagi di Selangor ini, sekiranya rakyat masih lagi bersama dan menyokong PR, IBM tak tahu apa nak kata lagi. Oleh itu, fikir-fikirkanlah wahai rakyat Selangor, terutamanya di DUN Kg Tunku. Katakan tidak pada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), dan berilah sokongan yang padu pada Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Un di ditangan anda semua. buatlah pilihan yang bijak. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...