Thursday, January 15, 2015

AKHIRNYA NURUL DICERAI DENGAN TALAK SATU. NAK BENO, AMBIK KO!!

KHAMIS, 15 JANUARI 2015

MEMANG
le, siapa nak rumah tangga yang dibina dari dasar cinta, suka-sama suka, akhirnya berakhir dengan pencerian. Itu yang terjadi kepada anak perempuan Anwar al-jub, Nurul Izzah yang juga selaku Naib Presiden PKR  hari ini sah secara rasminya berpisah dengan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan bergelar 'janda'. Ini ekoran Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. IBM difahamkan, suami Nurul, Raja Ahmad, berusaha untuk menyelamatkan pernikahan mereka, tapi, sumber terdekat mengatakan, Nurul sudah nekad untuk berpisah dengan suaminya. Entah apa yang Nurul cari, dan entah apa yang tidak kena dengan anak kesayangan Anwar ini, sudah  bersedia untuk bergelar janda 'berhias'. Mahkamah hari ini  sepatutnya mendengar berhubung hak penjagaan anak mereka tetapi berakhir dengan lafaz cerai. Pada 29 Oktober lalu, pasangan itu masih cuba mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu. 

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, memfailkan permohonan hadanah itu pada 30 April lalu mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. Mungkinkah selepas bergelar 'janda' Nurul akan lebih agresif di dalam arena politik yang mana beliau tahu tak lama lagi bapak kesayangannya itu akan berhijrah ke Penjara Sungai Buloh di atas kesalahan kes liwat II terhadap bekas pembantunya, Saiful Buhari. Maka, Nurul lah yang akan menggantikan tempat bapanya untuk meneruskan perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang kini di terajui oleh ibunya, Wan Azizah yang dilihat tidak begitu agresif dan lembab. Apapun, selamat menjanda Nurul!. Itu kehendak mu. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...