BUKAN kerja senang bila nak buat sesuatu untuk ke jalan kebaikkan. Ada je yang bantah, halang dan tak setuju. Apatah lagi kalau ianya ada berkaitan dengan unsur-unsur politik, walaupun telah di terangkan bahawa demi untuk kebaikan, kesejahteran rakyat, politik di ketepikan. Tapi, masih ada pihak yang tidak mahu terima hakikat tersebut. Kami, blogger-blogger ni dah letih menulis dan ianya masih tidak diterima pakai, malah ada pihak-pihak yang menuduh kami blogger-blogger pro kerajaan sengaja mengada-gadakan cerita. Hari kita dapat lihat hubungan baik antara PAS dan UMNO dalam membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda negeri itu begitu baik dan berkesan sekali, tapi niat baik PAS dan UMNO menimbulkan keresahan di kalangan sekutu Pakatan Rakyat., iaitu PKR. PKR menyifatkan kerjasama membabitkan dua parti politik itu sebagai 'tidak perlu', Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan mahu pimpinan PAS dan UMNO supaya membezakan antara isu politik dan kebajikan rakyat.
Malah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir (gambar kanan) turut mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terjerat dengan mainan politik UMNO. Sekarang bukan masanya nak bercakap tentang soal politik, fokus kepada soal pembangunan semula Kelantan. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat untuk bantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bencana alam...jadi tak perlu dikaitkan dengan UMNO ataupun PAS, katanya kepada sebuah portal tempatan semalam, Khamis. Beliau mengulas mengenai kesediaan PAS dan UMNO untuk mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan umpama tsunami baru-baru ini. Kerjasama dua parti politik itu juga telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu. Rentetan itu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir bagi memulihkan semula kehidupan rakyat di negeri itu. Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang 'tidak senang' dengan perkembangan itu sebaliknya mendakwa kerajaan Persekutuan seolah-olah tidak ikhlas membantu Kelantan yang kini berada dalam kesusahan.
UMNO dan kerajaan Pusat janganlah nak ugut Kelantan, jangan ambil kesempatan untuk kepentingan politik. Kalau nak bantu, jangan sentuh soal politik. Bantu dengan ikhlas, katanya. Selain itu, menyentuh mengenai pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, Abdul Aziz melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Menurutnya, kedua-dua kerajaan itu dilihat tidak seiring dalam isu agihan bantuan kepada mangsa banjir khususnya yang hanya tinggal sehelai sepinggang. Kenyataan pemimpin PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir supaya PAS tidak terjerat degan dengan mainan politik UMNO adalah satu tuduhan yang melulu dan bodoh. Siapa yang selama ini mengajak dan mencadangkan agar PAS-UMNO bersatu demi untuk kebaikan orang-orang Melayu dan umat Islam di Kelantan dan negara ini? Dan....IBM nak tanya pada pemimpim PKR Kelantan ni, siapa PKR yang cuba menghalang dan tidak setuju dengan kerjasama UMNO-PAS bagi membangunkan negeri Kelantan yang teruk di landa musibah banjir kali ini?
Apabila PAS diserang bertubi-tubi oleh DAPigs, PAS di persendakan, perlaksanaan hukum Hudud yang PAS ingin laksana di Kelantan, di tentang habis-habis oleh DAPigs, dimana PKR ketika itu? Dan, satu kenyataan bodoh dari pemimpin PKR Kelantan itu iaitu menyeru UMNO jangan berpolitik, bantu dengan ikhlas. PKR, PAS tu bukan parti politik ke? Habis kenapa hanya pandang pada UMNO sahaja? Memang bodoh sombong si barua PKR ni. Sebenar-benarnya PKR yang dah sasau, takut dengan bayang-bayang mereka sendiri dan takut PAS tinggalkan Pakatan Rakyat. IBM ada faktanya dan sah pemimpin PKR ni bila bercakap tidak pakai otak. Apapun, IBM berharap supaya UMNO Kelantan tidak begitu mengharap akan terlaksana dan tercapainya kerjasama UMNO-PAS sekali gus mengujudkan kerajaan campuran di Kelantan.
Bagi IBM, sudah masak dengan cara PAS berpolitik. Hari ini dia kata ok, besok dah tak ok. Dan...PAS memang terkenal dengan 'U' turn mereka. Mereka akan berbuat demekian sekiranya mendapat tekanaan dari rakan kongsi mereka, iaitu PKR dan DAPigs. Jadi, elok benarlah UMNO menolong dengan secara ikhlas. Biar rakyat Kelantan sendiri yang menentukan masa depan mereka siapa yang mereka nak pilih pada PRU ke-14 akan datang. Buat masa ini, mereka (mangsa-mangsa banjir) begitu troma, keliru dan sedang bersedih. Oleh itu, buatlah sekadar yang kita mampu, jangan abaikan mereka, kerana mereka juga manusia. Fikir-fikirkan. Wassallam ~IBM