Monday, January 12, 2015

BN TAK INGIN JAWATAN KETUA PEMBANGKANG DUN SELANGOR. TAK ADA PUN TAK APA!!

ISNIN, 12 JANUARI 2015
APA faedahnya jika BN/UMNO memegang jawatan  Ketua Pembangkang? Sedangkan langsung tak boleh bersuara. Buang masa je. Itu kata, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias. Terkini, Kontroversi terbaharu melibatkan Barisan Nasional (BN) Selangor dijangka tercetus apabila parti itu berkemungkinan tidak akan menamakan mana-mana wakil rakyatnya mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Menyifatkan jawatan itu sebagai tidak penting, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias membayangkan BN dan UMNO tidak berminat untuk mengisi kedudukan tersebut. Mungkin BN tak akan isi jawatan ketua pembangkang, tak salah jika jawatan itu dibiarkan kosong. Ia tak jejaskan perjalanan DUN Selangor. Malah di DUN Melaka juga tidak ada ketua pembangkang, jadi tak salah (jika Selangor tidak ada ketua pembangkang) katanya kepada sebuah portal tempatan, hari ini, Isnin. 

Pada 8 Disember lalu, Shamsuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong melepaskan jawatan ketua pembangkang berkuatkuasa serta merta. Ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor sebagaimana menurut peraturan tetap DUN Selangor yang baharu dipinda. Mengulas lanjut mengenai isu itu, Shamsuddin bagaimanapun berkata, keputusan mengenai kekosongan jawatan masih belum dimuktamadkan. Menurutnya, sehingga kini UMNO Selangor masih belum mengadakan perbincangan khusus berhubung perkara itu. Kita belum bincang secara khusus dengan Pengerusi Perhubungan Negeri (Datuk Seri Noh Omar). 

Kita akan maklumkan bila tiba masanya, katanya. Persidangan DUN Selangor bagi penggal 2015 dijangka bermula pada awal Mac ini, kata Datuk Shamsuddin. Alahai, jawatan pembangkang tu bukanlah pening sangat. Tak jadi kudis pun BN/UMNO di Selangor ni. lagi pun, IBM rasa, agak kekok kita BN/UMNO jadi pembangkang kerana BN/UMNO bukan dari 'spesis' pembangkang. Kalau depa tu (PR) memang hendak le, sebab memang kaki bangkang depa semua tu. Dah...membangkang ni memang dah jadi 'asam garam' depa. Betul tak? Hehehehe..itu hanya pandangan IBM sahaja. Tapi, kalau boleh jangan cakap tak serupa bikin. Hari kata tak hendak, besok terima pulak. Mana maruah kita BN/UMNO dan mana nak letak muka. Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...