Friday, January 2, 2015

TERBAIKKK! LAWAK TERBAIK DARI ANWAR AL-JUB. TAK ADA TIKET NAK BALIK?..PUIIIII!

JUMAAT, 02 JANUARI 2015
GAMBAR sudah cukup menceritakan segala-galanya. Puak-puak pembangkang mengkritik dan menghentam Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak kerana bermain 'golf' ketika negara dan rakyat sengsara di landa 'musibah' banjir luar biasa. Cuba kita lihat pulak gambar di atas tu. Siapa yang tersenyum macam 'beruk' berbasikal ketika bercuti di luar negara? Tak payah IBM perkenalkan. Jadi, kenapa hal ini puak-puak pembangkang diam dan tidak mempertikaikan? Kerana si Nuar tu bukan PM? tapi, kan dia ketua Pembangkang. Sudah tentu khidmat beliau diperlukan. Jangan hanya pandai menuduh dan bercakap sahaja. Maka, terdengarlah alasan dari Ketua pembangkang si Anwar Ibrahim tu sambil berkata (alasan), beliau tidak dapat pulang lebih awal daripada bercuti ketika banjir buruk melanda pantai timur semenanjung kerana tidak dapat mengubah semula jadual perjalanannya. Laporan sebuah portal tempatan pula menyebut, Anwar juga meminta   semua pihak, termasuk jentera partinya agar tidak “terlalu berpolitik” dan lebih menumpukan pada usaha menyalurkan bantuan. 

Beliau minta maaf kalau beliau lambat datang. Memang beliau tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar. Boleh pakai ke alasan tersebut? Janganlah nak kelentung Nuar oii. Penerbangan antara bangsa untuk balik ke Malaysia, melambak-lambak. Hanya hendak tak hendak je. Kalau nak kelentung tu, berpada-pada le sikit. Dikhabarkan, Anwar al-jub juga mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi. Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat, katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Anwar menerima kritikan kerana kelibatnya tidak dapat dikesan ketika penduduk pantai timur, yang mesra dengan gelaran “rakyat” oleh ketua pembangkang itu, menderita akibat banjir. Manakala, Blog pro-UMNO/Kerajaan turut menerbitkan gambar menunjukkan beliau sedang mengayuh basikal di satu destinasi percutian. Anwar bagaimanapun menjelaskan bahawa gambar itu sudah dirakam lama sebelum kejadian bencana banjir tersebut. 


Gambar beliau mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan dia naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu, katanya. Kalau
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga pada minggu lalu menerima kritikan meluas apabila gambarnya sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, tersebar luas di Internet dan mendapat perhatian media antarabangsa oleh para pemimpin Pakatan giat mengkritik DS Najib kerana mengutamakan permainan golf ketika bah besar melanda pantai timur. Tapi, DS Najib pulang awal dari bercuti dan terus di Kota Bharu pada Sabtu lalu bertemu dengan mangsa-mangsa banjir.  Maka kenapa dipertikaikan pula bila blog-blog pro kerajaan mengkritik dan menghentam Anwar kaw-kaw. Apapun, itu semua adalah alasan  dari Awnar yang tak masuk akal. Bolehlah di ketogerikan sebagai 'lawak bodoh tahun baru 2015' dari Anwar Al-Jub. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...