Wednesday, January 28, 2015

MALAYSIAN INSIDER FITNAH PAS KELANTAN? INI BARU 'NGAM'..PADAN MUKA PAS!!

RABU, 28 JANUARI 2014
ITULAH, tuhan nak tunjukkan. bila kena kat batang hidung depa, melenting habis. Dulu depa jugalah (PAS) yang jadi 'batu api', melaga-lagakan Kerajaan BN dengan Malaysian Insider. Merekalah (PAS) yang bubuh racun kat portal pro pembangkang, penfitnah no 1 negara supaya rakyat bencikan kerajaan BN. Sekarang, bahana dan bala yang mereka cari-cari telah kena pada mereka.  Kalau dulu kawan, kini dah jadi musuh. Berita semalam, kononnya Kerajaan PAS Kelantan menempelak dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka gagal bertindak dalam menangani musibah banjir dan kesannya yang melanda negeri itu sebulan lalu. Sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar bawah, kanan) berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan seluruh jentera sejak awal lagi termasuk menyelaras tindakan dengan jawatankuasa bersama dengan Kerajaan Pusat. 

Timbalan Menteri Besar itu begitu marah dan berang apabila tulisan didalam Malaysian Insider, yang di tulis oleh penulisnya Zulkifli Sulong kata kerajaan negeri tak boleh buat apa, lembab dan memilih bulu (parti) apabila memberi bantuan. PAS dilihat memang tidak boleh buat apa-apa, pada hal kerajaanlah yang bergerak, jentera kerajaan bergerak. Kita tidak nafi bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian tetapi kerajaan tetap buat kerja sama dengan orang lain. PAS sendiri melalui Unit Amal bergerak di hadapan dan kita nampak dengan ketara walaupun di mana-mana tempat. Kebanyakan orang dalam NGO yang turun juga orang PAS, cuma kita tidak pakai baju PAS masa banjir, dan beliau pesan jangan ada sesiapa pakai baju, bendera atau lambang PAS semasa beri bantuan, ini musibah banjir kenapa perlu kita bermain politik, katanya. Tapi, betul ke kata Timbalan Menteri Besar PAS tu. 

Ini kerana, semasa IBM turun padangan dengan unit amal untuk kerja-kerja pembersihan kawasan, IBM ternampak dan terserempak sekumpulan manusia yang memakai 'vest' yang melambangkan parti PAS dan juga lambang PAS terpampang di kenderaan mereka? Cuma, IBM tak sempat mengambil gambar-gambar mereka itu. Maka, IBM berangapan, Timbalan Menteri Besar Kelantan ini berbohong. Kenapa nak berbohong di saat ini ketika rakyat Kelantan perlu dibela. Kalau tak boleh mentadbir dan menyelesaikan masaalah, jangan pegang jawatan. Pi duduk kat Surau, buat banyak-banyak amal ibadat, kerana orang-orang PAS dah tentu di Syurga tempatnya. Maka, dengan kenyataan dan 'artikel' yang ditulis oleh penulis terkenal Malaysian Insider, Zulkifli Sulong itu memang kena dan tepat pada masanya. Selama ini PAS dan Pakatan Rakyat dilindungi oleh portal pro pembangkang yang banyak menyebarkan fitnah. Rakyat Kelantan satu ketika dahulu memang keliru. Bukti PAS memang kaki fitnah (gambar kiri).

Tapi, kini tidak lagi. Rakyat Kelantan sudah mula buka mata dan mereka sudah nampak pihak mana yang dahulu prihatin dan menghulurkan bantunan terlebih dahulu. Dalam hal ini, IBM tak mahu nak kaitkan dengan nasib dan peluang Barisan  Nasional (BN) semasa PRU yang akan datang. Kita sama-sama serahkan kepada rakyat. Biar rakyat nak menilai dan biar rakyat yang memangkah siapa yang mereka mahu. Bagi IBM, musibah 'banjir luar biasa' ini sudah cukup buat rakyat Kelantan buka mata. Kepada Malaysian Insider, tahniah kerana membuat Timbalan Menteri Besar Kelantan begitu marah dan menyangkal segala dakwaan fitnah Malaysian Insider itu. Soalan IBM, siapa fitnah siapa sekarang ini? Dan soalan 'cupu emas' dari IBM, apa motif si penulis Malaysian Insider di sebalik penulisannya itu? Anda ada jawapanya? Carilah sendiri ye!  Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...