Sunday, January 18, 2015

PAKATAN MENUJU KEHANCURAN APABILA PAS DAN DAP TERUS BERKELAHI TENTANG ISU HUDUD

AHAD, 18 JANUARI 2015
KRISIS PEMBANGKANG SEMAKIN PANAS

NAMPAKNYA episod perbalahan antara PAS dan DAP berhubung pelaksa­naan 'hudud' di Kelantan berterusan sehingga mengheret pimpinan kedua-dua parti tersebut dalam kancah pertikaman lidah secara terbuka. Krisis semakin hangat apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam DAP kerana membuat keputusan untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempat­an (PBT) di Pulau Pinang walaupun tidak dipersetujui sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang. Beliau mendakwa, DAP tidak pernah membentangkan cadangan pelaksanaan pilihan raya PBT dalam majlis pimpinan pakatan pembangkang justeru, bantahan parti itu terhadap pelaksanaan hudud boleh dianggap sebagai cakap tak serupa bikin. Isu hudud pula berbeza kerana Pakatan Pembangkang pernah membincangkannya dalam me­s­yuarat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Jesteru, mereka (Pakatan Pembangkang) juga memperakui soal hudud mengatasi Pakatan Pembangkang kerana undang-undang itu telah diluluskan di Kelantan sebelum pakatan pembangkang wujud, katanya ketika dihubungi pemberita dari semua portal tempatan semalam, Sabtu

Mustafa (gambar kanan) menambah, DAP sepatutnya sedar PAS perlu menunaikan janjinya untuk melaksanakan hudud di Kelantan setelah mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1990. Rabu yang lepas, sekali lagi Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke (gambar bawah)menegaskan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud perlu dikritik pihaknya secara terbuka kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dipersetujui majlis pimpin­an Pakatan Pembangkang. Malah, Anthony mene­gaskan, cadangan pelaksanaan hudud di mana-mana negeri di Malaysia bukan dasar bersama yang dipersetujui dalam pakatan itu. Sebelum itu, Mustafa dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily Isnin lalu menyatakan, pimpinan DAP sering memburuk-burukkan PAS. Mustafa juga menuduh DAP telah melupakan hasrat Pakatan Pembangkang menguasai Putrajaya kerana berpuas hati selepas me­nguasai Pulau Pinang serta meraih sokongan besar pengundi Cina. 

Jadi, kesimpulannya, PAS tidak lagi berguna kepada DAPigs. DAPigs beranggapan mereka boleh berdiri dengan  kaki mereka sendiri malah boleh dan berkeyakinan penuh akan dapat menguasai Putrajaya tanpa PAS bersama mereka. Maka, IBM beranggapan PAS memang benggong dan tolol. Dan, IBM juga dapat merasakan cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan tidak akan berjaya jika terus 'berkepit' di bawah ketiak Pakatan Haram yang dikuasai oleh DAPigs. Hudud PAS akan hanya tinggal sebagai 'angan-angan' Mat Jening PAS kerana hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS ialah Hudud PAS, bukan hudud dari Allah SWT. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...