Tuesday, January 13, 2015

SI LAWYER 'BURUK' NI TUDUH JAKIM AMALKAN 'EKSTREMISME', TAPI, SIAPA SEBENARNYA YANG 'EKSTREM'??

SELASA, 13 JANUARI 2015
AKTA HASUTAN AKTA HASUTAN AKTA HASUTAN

POLIS TAHAN ERIC PAULSEN

MEMANG patut pun si lawyer buruk ni di tahan  polis. Apa tidaknya. Senangnya mulut bercakap dan menuduh tanpa usul pereksa dan memahami apa yang terkandung di dalam Khutbah Jumaat yang mana itu adalah diwajibkan bagi orang Islam semasa solat Jumaat. Dik kerana mulutnya yang celupar yang mana IBM rasa ianya berbau 'perkauman dan hasutan'. Berita Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen ditahan oleh polis di Brickfields, semalam, hari Isnin amat-amat dinanti-nantikan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu. "@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields," tulis beliau di Twitter, kira-kira pukul 9.40 malam Isnin. Dipercayai, penahan beliau itu berkaitan kenyataannya di Twitter yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme melalui khutbah Jumaat. Terdahulu, peguam hak asasi manusia itu membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya berhubung 'tweet' beliau yang menimbulkan kemarahan banyak pihak. 'Tweet' yang ditulis adalah: di Twitter: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.” 

Selepas menerima tindak balas dari netizen, Paulsen menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan menuduh Jakim menggalakkan ekstremisme. Tweet tersebut telah dipadam. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Isnin mahu tindakan diambil terhadap beliau (Eric) berhubung kenyataannya itu. Khalid sebelum ini dilaporkan berkata komen itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan. Tahniah PDRM. Jangan diberi muka pada sibarua Eric tu. Sebenarnya siapa yang mengamalkan 'Ekstremisme' ni? Eric sepatut bertanya pada dirinya sendiri. Jangan membuat tuduhan melulu kerana sejarah Islam di negara ini, Islam tidak pernah menganggu atau mengugat mana-mana agama lain juga pada penganut-penganutnya. Jadi, kenapa perkara atau perkataan ekstremisme di timbulkan?. 

Sudahkah Eric mengkaji dan memahami segala maksud khutbah yang setiap kali berkumandang setiap kali umat Islam bersembahyang Jumaat? Cukup...cukuplah Islam di hina di negara ini. Masa sudah tiba untuk umat Islam bangkit dan bersatu untuk terus mempertahankan kesucian agama Islam daripada di perlekeh dan perlecehkan bangsa dan agama lain. Dan, satu persoalaan dari IBM, kenyataan berbau hasutan dari Eric tersebut, mewakili siapa? dan...siapa dalangnya? IBM bukan jadi nak 'batu api', tapi, dah tak tahan dengan kerenah-kerenah mereka yang tidak bertanggung jawab yang terus-menerus menghina Islam. Fikir-fikirkan korang semua. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...