Friday, January 16, 2015

AZMIN ALI MASIH MELALAK PASAL ISU PAMPASAN RM2.6. KHALID GAGAP KATA, DIA AKAN JAWAP. TAK ADA HAL!!

JUMAAT, 16 JANUARI 2015
IBM ingatkan isu pamapasan berjumlah RM2.6 yang dibayar kepada bekas Menteri Besar Selangor, Khalid gangap dan lapan bekas pembantunya dah selesai. Tiba-tiba hari IBM terbaca, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang baharu kembali melalak dan akan menuntut kembali wang pampasan berjumlah RM2.6 yang dikatakan dibayar dengan cara yang tak sah. Ianya kembali hangat diperkatakan. Maka, Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) akan memutuskan mengenai tindakan susulan berhubung kontroversi pembayaran pampasan bernilai RM2.6 juta terhadap lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, seawal-awalnya minggu depan. Ini kerana tempoh memberi maklum balas terhadap surat tuntutan pemulangan semula wang pampasan berakhir Isnin lepas. Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali  (gambar bawah) menegaskan, terpulang kepada kesemua lapan (8) bekas pembantu Abdul Khalid sekiranya mahu membawa perkara itu ke Mahkamah. Itu hak mereka (sedia bawa ke mahkamah). 

Beliau tak tahu (sama ada mereka sudah buat keputusan untuk tidak pulangkan semula pampasan tersebut), katanya. Beliau ditemui oleh pemberita pagi ini, Jumaat.  Baru-baru ini, dilaporkan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata, mereka sedia berdepan dengan kerajaan Selangor di Mahkamah berhubung kontroversi pembayaran pampasan tersebut. Azmin berkata, ketika ini, kerajaan negeri menghormati tempoh dua minggu yang diberi kepada semua bekas pembantu Abdul Khalid untuk memberi respons kepada surat tuntutan pemulangan semula wang tersebut yang diserahkan pada 6 Januari lalu. Kita harus menghormati tempoh yang diberikan kepada mereka, katanya. Turut dilaporkan sebelum ini, semua bekas pembantu Abdul Khalid yang menerima surat arahan pemulangan wang pampasan oleh pengurusan baharu MBI pada 6 Januari lalu sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berkenaan. 

Peguam mereka menasihatkan supaya  mereka tidak bercakap dengan media kerana dibimbangi akan menjejaskan kes itu. Peguam mereka akan menjawab surat tuntutan yang dihantar kepada mereka, kata salah seorang daripada lapan bekas pembantu yang tidak mahu dikenali. Lapan pembantu itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin; ketua pegawai operasi Rohani Talib, bekas setiausaha akhbar, Arfa'eza Abd Aziz; setiausaha politik, Mustafa Talib, pegawai penyelaras, Rahimah Kamaruddin, pegawai komunikasi khas, Dr Sulaiman Masri, pengurus penyelidikan ekonomi, Abdul Halim Mohd Yusuf dan pegawai akhbar, Tuan Nazuri Ismail. Nampaknya, episod panas akan berlaku di Selangor. Kita sama-sama tunggu akan perkembangan selanjutnya. Kita tengok nanti siapa yang kena. Kalau Azmin menang beliau dari PKR dan kalau Khalid dan lapan bekas pembantunya menang, juga dari PKR, tapi, dari kem yang lain. Ini bermakna, kalah ke menang ke, mereka tetap dari PKR yang mana parti mereka adalah  'Parti Kelentung Rakyat' (PKR) dan parti yang menyusahkan rakyat. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...