Monday, January 5, 2015

WALAUPUN PM UZUR, DIJANGKITI 'VIRUS E.COLI'..TETAP AKAN TERUS PANTAU OPERASI BANJIR DARI RUMAH. TAHNIAH PM!!

ISNIN, 05 JANUARI 2015
INILAH pemimpin yang berjiwa rakyat. Walaupun uzur, dijangkiti virus E.Coli, tapi perasaan dan jiwa beliau tetap bersama-sama rakyat yang sedang dilanda musibah banjir luar biasa. Gara-gara melawat tempat dan mangsa banjir di seluruh negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan dijangkiti virus E.Coli ketika melakukan lawatan ke kawasan banjir baru-baru ini. Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin, demikian menurut Twitter rasmi Malaysia PM Press Office (@PMOMalaysia) pada Isnin. Virus E.Coli atau Escherichia coli adalah kuman yang menyebabkan diarea. Selain itu menerusi akaun Twitter peribadinya, DS Najib berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah. 
Dari laman twitter :

E.Coli, menurut kata pakar boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut. DS Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Tabik untuk Perdana Menteri kita.Tahniah DS Najib dan terima kasih. Seluruh rakyat akan mendoakan agar DS cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa. Aminn! Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...