Penjara Belum Tertutup Buat Hishamuddin Rais
KALAU si pencacai Pakatan haram ini ingat dia selamat dan tidak akan dipenjarakan gara-gara menghasut, IBM rasa kelegaan Hishamuddin Rais apabila hanya didenda RM5,000 selepas disabitkan atas kesalahan menghasut mungkin tidak lama. Ini kerana, pintu penjara masih tidak tertutup rapat buat aktivis itu ekoran pihak pendakwaan dikatakan membuat keputusan merayu terhadap hukuman dijatuhkan Mahkamah. Menulis dalam blognya petang ini, Hishamuddin berkata baru mendapat maklumat itu daripada peguamnya Syahredzan Johan berhubung perkara itu. Pihak pendakwa tidak puas hati atas keputusan hukuman denda RM5,000 yang dijatuhkan kepada beliau (Hishamuddin) pada 9 Januari 2015 yang lalu , Hishamuddin dituduh jahat bawah Akta Hasutan 1948 milik baginda Queen katanya. Setelah berbincang dengan peguam, Hishamuddin berkata akan membuat rayuan balas. Celaka betul, katanya. Terpaksa bangun pagi lagi pergi ke Mahkamah, itulah tulis pelawak pentas dan kolumnis terkenal yang pernah hidup dalam buangan itu.
Kalau korang masih ingat, Hishamuddin pada 9 Januari lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramah pada 13 Mei 2013. Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Hishamuddin, 63, pada akhir kes pembelaan. Mahkamah memberikan hukuman berbentuk denda dan bukan pemenjaraan kerana mengambil kira faktor usia tertuduh yang sudah lanjut melepasi usia persaraan ketika disabitkan bersalah. Kalau dah tahu tua, kenapa nak buat kerja-kerja terkutuk tu. Tua buatlah cara tua. Zaman perjuangan 'songsang' mu sudah berakhir. Maka, jadilah manusia yang berguna. Apabila dengar berita bahawa pihak pendakwaan akan buat rayuan dan pastikan beliau (Hishamuddin) di heret ke Penjara, takut pulak si pencacai ni. Dah lama kerja-kerja kotor dan terkutuk ini kamu lakukan. Maka, eloklah berehat sahaja di dalam penjara. Menanti di sana (penjara Sg Buloh), Anwar al-Jub. Elok bebeno le tu. Wassalam ~ IBM