Saturday, January 17, 2015

ISU 1 MDB : SIASAT JUGA KHARUDDIN, KATA PEMUDA UMNO KEPADA SPRM

SABTU, 17 JANUARI 2015
IBM rasa ada yang tak kena di dalam isu 1 MDB yang kini hangat diperkatakan sekarang ini. Maruah kerajaan akan tercemar? dan mungkin ada unsur-unsur penyelewengan berlaku? Laporan yang dibuat oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan meragukan lantas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung laporannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). IBM bukan nak menuduh atau menyebelahi mana-mana pihak, tapi, ada faktanya yang mana ianya mesti diselesaikan demi untuk menjaga maruah negara. IBM difahamkan, Mohamad Hilme Ibrahim membuat kenyataan itu sehari selepas Naib Ketua UMNO bahagiannya itu mengemukakan laporan kepada suruhanjaya itu di Putrajaya, Khamis. Malahan, beliau turut mendakwa laporan yang dibuat Khairuddin itu palsu dan mempunyai elemen rasuah.
Maka, beliau (Hilme) minta SPRM supaya menyiasat dengan terperinci laporan yang dibuat Khairuddin serta pihak lain yang bersamanya dalam hal ini. Dia (Khairuddin) tidak sepatutnya membuat laporan itu kerana dia sendiri diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada Mei tahun lalu, katanya kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, Jumaat. Mohamad Hilmie berkata, Khairuddin mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menyokong laporannya terhadap 1MDB, bagaimanapun sehingga kini masih gagal berbuat demikian. Katanya lagi, bersama laporannya kepada SPRM, disertakan beberapa dokumen berkaitan Khairuddin untuk membantu SPRM menjalankan siasatan berhubung perkara itu. 
Pada 12 Disember tahun lalu, Khairuddin turut membuat laporan polis terhadap 1MDB dan Syarikat subsidiarinya atas dakwaan urusniaga kewangan Syarikat yang meragukan. Beliau turut mendakwa sehingga Mac tahun lalu, Syarikat berkenaan mempunyai hutang berjumlah sehingga RM41.9 bilion, dan meletakkan Syarikat berhadapan dengan risiko diisytihar bankrap dan sekaligus akan membebankan kerajaan Persekutuan yang merupakan penjamin kepada pinjaman berkenaan. Nampaknya terlalu ramai 'kaki buat aduan' di negara kita ini. Nak cari glamour ke apa? Tapi akhirnya tiada bukti dan senyap begitu sahaja. Ayuh SPRM. Jangan tunggu lagi, siasat jangan tak siasat. Jika terdapat penyelewengan, dakwa dan hukum sahaja yang terlibat. Rasuah menjadi-jadi dan ianya merupakan 'musuh no 1' negara. Katakan 'tidak pada rasuah'. Negara aman, sejahtera dan berkembang tanpa rasuah. Insyallah. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...