Wednesday, January 14, 2015

MALAYSIAKINI GAGAL MELAGA-LAGAKAN KEMENTERIAN ZAHID DAN KEMENTERIAN LAIN DALAM KES PAUL PHUA WAN SENG YANG DIKATAKAN ANGGOTA GELAP 14K TRIAD

RABU, 14 JANUARI 2015
NIAT untuk menfitnah serta 'busuk hati' malaysiakini untuk melaga-lagakan Kementerian DS Zahid dan Kementerian lain tidak kesampian. Kabinet hari ini menerima penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan berkaitan dengan Paul Phua, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman. Anifah berkata, Zahid telah menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini. Kami telah mendengar penjelasan beliau dan kami bersetuju untuk menerima penjelasan yang diberikan itu, kata Anifah dalam satu sidang akhbar hari ini. 

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan penjelasan yang diberikan oleh Zahid dan sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada Menteri dalam negeri itu. Tanyalah sendiri, katanya. Jadi, ada sesiapa berani nak jumpa DS Zahid minta penjelasan dalam kes Paul Phua yang dikatakan seorang anggota gelap 14K Triad? Malaysiakini, ada berani ke? Cubalah kalau berani. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...