Thursday, January 22, 2015

DAIM NASIHAT PM BELAJAR DARI TUN M : IKHLAS KAH TEGURAN DAIM ATAU SEBALIKNYA??

KHAMIS, 22 JANUARI 2015
IBM bukan nak memandai-mandai atau memihak kepada mana-mana pihak. Tegur menengur ni memanglah amalan yang baik. Apatah lagi kalau ianya melibatkan pentadbiran negara, masalah rakyat dan yang lain-lain juga.  Dan, sudah semestinya nasihat tersebut merupakan nasihat yang amat-amat berguna kerana nasihat atau teguran tersebut datangnya dari seorang bekas Menteri yang satu ketika amat-amat berpengaruh. Tapi, sayang teguran tersebut seperti tidak jujur, tak kena pada tempatnya, juga seperti ada suara-suara ghaib yang mendesak supaya Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di asak dan akhirnya menjadi gawat. Nasihat bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin tu bukanya tak elok yang mana menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempelajari cara Tun Dr Mahathir Mohamad menguruskan krisis, tapi, IBM berpandangan caranya tidak betul dan tidak kena pada tempatnya. Kenapa Tun Daim mengambil sikap terburu-buru dan berbicara pula secara terbuka dengan sebuah akhbar China Press hari ini? 

Apa tujuan Daim berbuat demekian? Dan..kenapa tidak bersemuka empat mata secara tertutup dengan PM. Berbincang dan beri pendapat, pandangan, nasihat atau kalau nak bergaduh ke biarlah di dalam bilik mesyuarat yang tiada orang luar bersama? Mengikut sumber, Daim berkata, DS Najib sepatutnya merujuk kepada bekas Perdana Menteri itu ketika menangani bencana banjir besar baru-baru ini. Dalam wawancara yang disiarkan akhbar China Press hari ini, Daim berkata beliau ada bertemu Najib baru-baru ini dan menggesa Perdana Menteri menunjukkan prestasi lebih baik dalam menangani bencana itu. Beliau kata, 'dalam pengurusan krisis', DS Najib perlu lebih cekap. Mahathir tunjuk prestasi bagus dalam menangani krisis dan anda patut belajar daripada beliau', kata Daim. Katanya, negara lain akan mengisytihar 'darurat' kerana terdapat banyak kematian dan kesan lain. Betul le kata Daim tu, tapi, sekali lagi IBM muskil. Kenapa harus di war-warkan di dalam akhbar China Press? Nak cari publisiti ke atau nak memalukan atau strategi untuk menjatuhkan DS Najib? Maaf cakap. Kerana cara Daim ini sekali gus memberi ruang untuk Pembangkang menghentam dan mencari kelemahan pemerintahan Barisan Nasional (BN). 

Persolanya, adakah DS Najib langsung tak kisah dan tidak mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir yang 'luar biasa' melanda di beberapa negeri kali ini? Mungkin semasa era zaman Tun Mahathir berbeza bila berlakunya banjir. Kita semua tahu apabila tiba bulan November , Disember, banjir kan melanda di negeri-negeri Pantai Timur. Tapi, itu banjir biasa. Tiba-tiba kali ini banjirnya agak luar biasa sekali. Tak payahlah IBM nak huraikan satu-persatu akan apa yang berlaku. Jadi, apabila Daim mengatakan DS Najib tidak bertindak, itu satu fitnah. Apabila banjir semakin buruk, itu bukan salah DS Najib. Itu ketentuan dari Allah SWT. 

Kita kena redho kerana ada hikmahnya di sebalik musibah tersebut. Dalam hal ini, IBM tak setuju langsung dengan pandangan  Daim yang menuduh bahawa DS Najib gagal, dan menyarankan supaya Perdana Menteri  tunjuk lebih kewibawaan semasa menangani krisis. Apa, dia tu (Daim) pandai sangat ke? Dalam soal itu kata Daim, Tun Mahathir menunjukkan prestasi paling baik, katanya. Kepada Daim, 'lain padang lain belalang, lain dahulu lain sekarang'. Harap Daim faham akan peribahasa tersebut. Kalau tidak faham 'go back to school' (Sekolah orang dewasa).  Huhuhu! Wassalam ~ IBM

6 comments:

  1. Pening org Melayu dgn puak2 elit UMNO ni.
    Najib buat kerja ok, siang malam, yang nk peruntuh mudah dan ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~PASDAPX

      Salam. Masalahnya ramai yg dengki dan kaki bodek.

      Delete
  2. Yang dah pencen tu duduk diam2. Sesekali nak bagi pendapat tak salah tapi berpada-padalah. Kalau mereka semua ini ahli Pakatan Rakyat dah lama kena pecat keahlian sebab kritik pemimpin terkini. Tapi sebab yang dikritik pemimpin UMNO adalah menjadi dasar para pemimpin UMNO untuk tidak memecat atau menghalang mana-mana pihak untuk membuat sebarang kritikan.

    Cara kepimpinan zaman dulu adalah amat berbeza dan ini termasuklah cara berpolitik zaman sekarang dengan perkembangan teknologi komunikasi yang amat pantas dan kebebasan melontarkan pendapat yang amat luas walaupun hanya berbentuk spekulasi.

    Teruskan dengan tanggungjawabmu wahai DS Najib dan anggaplah semua kritikan adalah sebagai peringatan untuk terus di landasan yang benar.

    ReplyDelete
  3. saya setuju IBM. tahniah,tulisan yang rasional dan bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~kiasfansurui,

      Salam. T.kasih. Baru nk belajar menulis...:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...