Thursday, January 8, 2015

UMNO SELANGOR KERAH 2 RIBU SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR

KHAMIS, 08 JANUARI 2015
WALAUPUN di kecam hebat dan telah disarankan supaya keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO negeri Selangor dibubarkan dan di ganti dengan pemimpin-pemimpin muka baru semasa pemilihan parti pada tahun 2016 nanti, namun demi rakyat, bangsa dan tanah air, UMNO Selangor menunjukkan komitmen dengan mengerahkan seramai 2,000 sukarelawan UMNO Selangor  untuk membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di Perak, Pahang dan Kelantan. Kalau nak difikirkan secara politiknya, UMNO Selangor adalah pembangkang di negeri mereka. UMNO Selangor gagal merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat (PR) yang sedang menerajui negeri Selangor hampir tiga penggal. Akibat dari itu, UMNO Selangor dikecam hebat oleh seorang bekas pemimpin no 1 negara (tak perlu sebut nama) supaya semua ketua-ketua bahagian UMNO di Selangor di tukar. Itulah cabaran yang diterima oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar. 

Apapun, itu adalah  'asam garam' politik katanya semalam ketika melancarkan 'Misi Bantuan Pasca Banjir UMNO Selangor' yang bermula semalam sehingga 11 Januari ini dilaksanakan untuk memberi bantuan tenaga dalam proses pembersihan dan penambahbaikan di kawasan-kawasan terjejas. Katanya, empat buah bas dan 30 kenderaan pacuan empat roda digunakan bagi tujuan tersebut. Misi ini adalah inisiatif UMNO Selangor termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri yang sedia me­nyumbang tenaga bagi membersihkan kawasan terjejas termasuk dua kampung masing-masing di Perak dan Pahang serta beberapa kawasan di Kelantan. Kerja pembersihan akan melibatkan kemudahan awam terma­suk masjid, sekolah dan perumahan. Selain sumbangan tenaga, peralatan pembersihan turut disediakan bagi melancarkan proses tersebut, katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi itu di Plaza Tol Gombak di sini hari ini. 

Turut hadir, Ketua Wanita UMNO Selangor, Datin Paduka Nor Hayati Onn  (gambar atas kanan) dan Ketua Puterinya, Salbiah Saari (gambar kiri bawah). Sementara itu, Nor Hayati berkata, misi tersebut merupakan komitmen sayap itu dalam membantu mengurangkan beban penduduk yang ditimpa pelbagai masalah susulan bencana yang berlaku. Selain terlibat dalam kerja pembersihan, Wanita juga menyum­bangkan keperluan harian seperti pakaian termasuk pakaian kanak-kanak. Pada masa sama, khidmat kaunseling akan turut diberikan kepada mereka, katanya. Dalam pada itu, Salbiah memberitahu, pihaknya akan memfokuskan kerja-kerja pembersihan di sekolah bagi memastikan sesi persekolahan di kawasan terjejas banjir dapat bermula dengan lancar. Puteri akan mengagihkan ba­rang kepada penduduk khusus­nya kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak terlalu bersedih ekoran bencana tersebut, katanya. 

Tahniah DS Noh Omar. IBM harap kepada mereka-mereka diluar sana yang mengkritik dan menyarankan agar DS Noh Omar dan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Selangor agar megundurkan diri bagi pemilihan baru yang akan datang, berfikir kembali dan menarik balik kritikan-kritikan mereka itu. Malah, IBM beranggapan supaya mereka-mereka ini juga turut membantu mangsa-mangsa banjir yang amat-amat memerlukan bantuan kita semua. Lupakan salah-faham dan persengketan dalam UMNO itu sendiri. Tak guna kita sesama kita berebut-rebut jawatan, akhirnya negeri Selangor terus di jajah oleh pembangkang seperti PR yang tidak bertanggung jawab. Tahniah sekali lagi kepada DS Noh dan para sukarelawan yang sanggup turun padang bagi membantu mereka-mereka (mangsa banjir) yang memerlukan khidmat dari kita semua. Fikir-fikirkan. Wassalam ~IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...