Sunday, January 4, 2015

PAS KELANTAN PENIPU. SELEPAS 20 TAHUN, MANA JANJI HISBAH PAS??

AHAD, 04 JANUARI 2015

[EHSAN DARI SEBUAH BLOG] :
UNTUK RENUNGAN BERSAMA.....
BANJIR besar di Kelantan pada kali ini mempamerkan banyak perkara yang mengejutkan rakyat Malaysia. Negeri pemerintahan ulama ini merupakan negeri yang berhadapan dengan banjir yang boleh dianggap teruk berbanding negeri-negeri lain. Sedang berbicara tentang banjir di Kelantan, tidak semena-mena, isu pembalakan menjadi perbincangan hangat dalam media sosial. Ini dilihat kepada faktor permulaan banjir berlaku di kawasan-kawasan pembalakan. Lebih jelas, apabila tersebar gambar-gambar dan video yang mempamerkan beberapa kawasan hutan yang sudah gondol. Menurut dakwaan ramai, ia akibat daripada pembalakan. Sejurus surut air banjir di beberapa kawasan, bukan sekadar kerosakan harta benda, tetapi kelihatan peninggalan air banjir itu ada lumpur dan bekas tanah yang agak banyak. Ini menjadi lebih kuat pada sangkaan ramai bahawa banjir besar kali ini, secara tidak langsung punyai kaitan dengan pembalakan. 

Tidak diketahui sejauh mana benarnya dakwaan ramai tersebut, tetapi Ia menarik perhatian sebilangan ahli politik di Malaysia, sehinggakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak menolak kemungkinan bahawa wujud pembalakan haram yang melibatkan beberapa kawasan hutan di Kelantan. Tidak ketinggalan juga dengan kenyataan Salahudin Ayub, salah seorang naib presiden PAS yang tidak menafikan faktor pembalakan antara penyumbang secara tidak langsung terhadap banjir besar yang menimpa negeri yang satu-satunya menggunakan slogan Membangun Bersama Islam itu. Di kalangan ulama-ulama Islam, politik didefinisikan sebagai melaksanakan perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat. Lebih terperinci, ‘Allal al-Fasi menyatakan dalam kitab beliau bertajuk Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wa Makarimuhabahawa politik itu hendaklah punyai tiga faktor besar, iaitu pengakuan terhadap keadilan, menunaikan hak rakyat dan menyusun urus tadbir negara dengan baik. 

Al-Qaradawi pula ada menyatakan dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah Fi Dauw al-Nusus al-Syariah wa Maqasidiha bahawa politik itu adalah tindakan pemerintah untuk mengelak dari berlaku kerosakan yang sedang berlaku dan kerosakan yang dijangkakan bakal berlaku. Menurut Ibn ‘Aqil pula, politik itu adalah tindakan yang boleh membawa rakyat kepada kebaikan dan menjauhkan mereka dari sebarang kerosakan, walaupun tindakan itu tidak dinyatakan menerusi wahyu dan hadis Nabi Muhammad SAW. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Turuq al-Hukmiyyah,) Mengenangkan politik dari sudut kaca mata ulama-ulama Islam yang muktabar, kelihatan bahawa pentadbiran politik yang dibina, hendaklah memikirkan tentang agar kebaikan hendaklah sentiasa berdampingan dengan rakyat, di samping berusaha agar keburukan sentiasa berjauhan dari terkena kepada rakyat. Menyedari perkara itu, pasti kita tidak akan terkejut bahawa konsep siasatan terhadap kegiatan yang berkaitan dengan kerajaan secara terbuka, yang hampir iras pengamalan Selcat di Selangor, secara dasarnya pengamalan itu diamalkan dalam sejarah politik umat Islam di era salafus soleh terdahulu. Ia dikenali sebagai hisbah. 

Di era pemerintahan Umar bin al-Khattab, beliau diberitahu bahawa gabenor lantikannya di Bahrain mencapai kekayaan. Keraguan dalam mendapat sumber kewangan, menjadikan Saidina Umar bin al-Khattab memanggil gabenor itu untuk datang mengadap dan dilakukan siasatan hisbah. Ternyata dalam siasatan tersebut, gabenor terbabit berjaya dibuktikan tidak bersalah. (lihat al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, hadis no: 3,327) Perlaksanaan hisbah ini dilihat penting dalam kerangka politik umat islam di zaman salafus soleh dahulu kerana mengelak keraguan rakyat terhadap pemerintah. Lebih-lebih lagi, dalam banyak hadis dipamerkan bagaimana Islam melihat kepentingan penguasa membina kredibiliti di mata rakyat. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak membenarkan ahli keluarga baginda menerima zakat dan sedekah. (lihat Riwayat Muslim, hadis no: 167) Malahan, dalam hadis yang lain digambarkan bahawa Nabi Muhammad SAW ternampak cucu baginda al-Hasan bin ‘Ali termakan buah kurma yang disedekahkan, baginda sendiri mengorek kurma itu daripada mulut cucu baginda. 

(lihat Riwayat Muslim, hadis no: 161) Dalam komentar al-Imam al-Syawkani dalam kitab Nail al-Awtar, tindakan Nabi Muhammad itu kerana mengelak dari sebarang tohmah yang bakal dilakukan terhadap baginda. (lihat jilid 6, halaman 478). Tidak diabaikan dengan kisah Saidina Umar bin Abd al-Aziz yang beliau menolak hadiah sebiji epal yang diberikan oleh salah seorang pegawai beliau. Apabila diberitahu kepada beliau bahawa baginda SAW, Abu Bakar dan Umar menerima hadiah, dengan pantas Umar bin Abd al-Aziz menjawab: Bagi mereka, ia merupakan sedekah. Sedangkan pemberian pegawai kerajaan selepas mereka dianggap sebagai rasuah.” (Lihat Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-bari Syarh al-Bukhari, jilid 8, halaman 82) Nyata betapa politik dalam kalangan umat Islam, sejak zaman Nabi Muhammad SAW, faktor membina pemerintahan yang punyai kepercayaan rakyat ini amat perlu dan amat penting. 

Kesimpulannya, adakah PAS sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam, hak rakyat dan masihkah rakyat di Kelantan mempercayai kerajaan PAS setelah berlakunya musibah 'banjir luar' biasa ketika ini? Tidakah rakyat Kelantan merasakan mereka tertipu selama lebih 20 tahun PAS memerintah?, tapi.....semuanya HAMPEHHHH! Fikir-fikirkan demi untuk masa depan anak-cucu kita di kemudian hari. PAS bukan pejuang agama dan bangsa. PAS sudah lari dari konsep perjuangan asalnya dan PAS hanyalah sebuah parti politik yang dicucuk hidungnya oleh rakan sepejuangan mereka, iaitu DAPigs & PKR. Wassalam ~ IBM 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...