RAMAI yang bertanya seperti tajuk posting diatas. Bebaskah Anwar Al-Jub dari tuduhan liwat pada 10 Februari ini? Dan ada juga yang bertanya, sudah cukup masakah Hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dan pertimbangan di dalam kes liwat Anwar Al-Jub ini yang berjalan begitu lama? Siapa yang menang dalam kes ini, cuba teka? Insyallah, semuanya akan terjawab pada 10 Februari nanti. Tapi bagi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim al-jub (tertuduh) merasa begitu yakin akan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada kesalahan kes liwatnya pada 10 Februari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, berdasarkan penghujahan pasukan guamanya terhadap perincian fakta dan undang-undang yang kukuh, beliau yakin akan dibebaskan daripada kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara. Itu hujah Anwar, maka beliau panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan beliau dibebaskan, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mahkamah Persekutuan menerusi laman sosial Twitternya pada ini, Isnin menetapkan pada 10 Februari ini bagi membuat keputusan rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam rayuannya, Anwar, 67, meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya. Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu. Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Oleh kerana kes liwat ini begitu lama tertangguh, kini, pada 10 Februari 2015 akan kita semua ketahui samada Saiful Bukhari Azlan akan menang, atau Anwar Al-Jub akan menghala ke Sungai Buloh untuk bersemayam di sana menjadi penghuni di Penjara Sungai Buloh. Memang bukan Si Saiful sahaja yang merasa berdebar-debar, malah IBM sendiri juga merasa berdebar-debar. Doa kan agar semuanya berpihak kepada Saiful. Pi jahanam dengan si peliwat tu, Anwar Al-Jub. Dan...lepas ini tiada lagi tangguh-tangguh. Wassalam ~ IBM.