Saturday, February 28, 2015

BERITA TERKINI! : HARGA BARU MINYAK PETROL DIUMUMKAN MALAM INI, TAPI KEMPEN PENURUNAN HARG BARANG TETAP DITERUSKAN.

SABTU, 28 FEB 2015

ISU SEMASA : 
SEKIRANYA berita yang akan disampaikan oleh Pak Menteri PDNKK, DS Seri Hasan Malek merupakan berita yang mengembirakan atau sebaliknya tentang harga petrol malam ini, sama-sama kita tunggu.  Dan bersediap sedialah  menerima kritikan dan komen yang menyakitkan hati dari pihak pembangkang sekiranya harga petrol naik. Tak kira berapa nilainya, 10 sen, 20 sen, pembangkang tetap akan bangkang, tidak puas hati. Itu sudah menjadi lumrah mereka. bila harga petrol turun, mereka diam membisu, tak kedengaran pun suara-suara mereka, usahkan berterima kasih, malah masih tak puas hati. Kita tunggu nanti. Apapun, IBM difahmakan, Putrajaya hari ini enggan mengulas dakwaan yang tersebar di media sosial berhubung harga runcit bahan api akan naik antara 6 sen dan 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini. Sumber dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek sebaliknya berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat secara rasmi pada malam ini. Ini dah selalu orang tanya. Biar tiba masanya, Menteri berkenaan akan umumkan. 

Konform malam ini akan ada pengumuman harga baru untuk Mac. Jadi tunggulah, kata DS Hasan Malik. Apa pun yang terjadi, apa saja pengumuman yang dibuat pada malam ini nanti, sama-sama kita tunggu. Kempen penurunan harga kita akan diteruskan di seluruh negara, katanya pada satu sidang media selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' di Shah Alam hari ini. Difahamkan, pada masa ini terdapat mesej tersebar menyatakan antara lain, harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan naik sebanyak 20 sen seliter bermula 1 Mac, esok. Mengikut kata DS Hasan, Khamis lalu harga bahan api bukan satu-satunya faktor utama mempengaruhi harga barangan. Apa juga yang berlaku pada 28 Februari, program ini (kempen penurunan harga barangan) akan berterusan, katanya, sambil menambah maklumat kempen yang melibatkan pasar raya besar sudah dimuktamadkan. Harga (barang) tidak boleh dikaitkan dengan (harga) minyak kerana harga (barangan) ditentukan oleh pasaran, permintaan dan bekalan, katanya. Hasan berkata faktor lain juga mempengaruhi harga barangan. 

Petrol bukan faktor tunggal bagi kenaikan harga. Ini perlu difahami, katanya. Sebelum ini, Hasan mengumumkan program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan pada 1 Mac. Beliau berkata program itu hasil perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat, restoran, pasar raya besar, pemborong, peniaga, peruncit serta pengeluar makanan dan minuman, pada minggu lepas. Alhamdulillah, teruskan kempen tersebut biar pembangkang terbeliak biji mata mereka. Apa yang penting, kerajaan komited dengan janji-janjinya dan janji akan ditunaikan. Insyallah. Terima kasih kerajaan BN. Wassalam . Ikhlas dari : 

Friday, February 27, 2015

USTAZAH 'SEGERA', ABBY ABADI AKUI GOLONGAN ULAMA DAN PROFESIONAL PAS TIDAK SEHALUAN. PERGOLAKAN DUA KELOMPOK ITU SEMAKIN KETARA

JUMAAT, 27 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

UNTUK berundur kembali dan mengaku silap memilih PAS bukanlah langkah bijak bagi seorang aktivis yang juga bekas pelakun, apatah lagi kini sudah bergelar 'Ustazah' segera. Hendak tak hendak terpaksa telan segala kepahitan semasa didalam PAS. Kini, ustazah Abby sudah mula nampak keretakkan didalam PAS. Ianya begitu ketara sekali. Jesteru, Abby menyeru  golongan Ulama dalam PAS diminta tidak menyisihkan golongan profesional, begitu juga golongan profesional diharap jangan berasa pelik berada disisi golongan ulama, kerana masing-masing amat memerlukan untuk meneruskan perjuangannya.Itu pandangan aktivis PAS, Abby Abadi ketika ditanya berhubung dakwaan pergolakan yang berlaku antara dua kelompok itu, menjelang pemilihan PAS Jun ini. Mengikut Abby, beliau merasa perkara itu patut dipulihkan. Dalam konteks ini katanya, Tuan Guru Haji Hadi memainkan peranan paling besar sebab beliau adalah sebagai Presiden kan, tetapibeliau melihat permasalahan ini, kalau boleh diterima pakai apa yang beliau sebut itu. 

Ustazah Abby berharap sangat-sangat golongan ulama tidak menyisihkan golongan professional dan begitu juga golongan professional tidak berasa pelik untuk bersama dengan golongan ulama, katanya kepada pemberita ketika ditemui tadi pada Majlis Bicara Harakah bertajuk 'Perginya Seorang Murabbi, Terhentikan Perjuangannya?. Abby yang dahulunya pelakon dan penyanyi popular tanah air berkata pergolakan antara dua kelompok ini makin parah apabila wujud sikap label-melabel antara satu sama lain. Tetapi apa yang saya nampak sekarang ini ialah benda itu ketara sangat, yang golongan ulama dengan golongan ulama, sementara yang profesional dengan golongan profesional, nampak berlaku isu-isu yang sepatutnya tidak berlaku. Ada yang melabelkan orang itu begini, sementara ada yang lain pula melabelkan orang itu begini, Bagi Abby, beliau rasa perkara itu sepatutnya tidak berlaku, 

Pada hemat bodoh beliau yang masih 'berhingus' dalam politik, perjuangan ini memerlukan perjuangan daripada banyak pihak, maksud beliau PAS perlukan ulama, profesional dan orang-orang biasa macam beliau ini juga untuk diperkukuhkan lagi, katanya. Menurutnya, semua pihak harus kembali muhasabah diri dan tidak hanya memikirkan perihal untuk merebut jawatan dalam parti. Katanya, dalam PAS, bukan hanya golongan ulama atau golongan profesional sahaja yang penting tetapi ahli biasa juga turut memainkan peranannya yang tersendiri. Kita ini ibarat macam sebuah bangunan, ada yang jadi atap, ada yang jadi tangga, jadi masing-masing ada peranan, jadi jangan menidakkan peranan orang lain, jangan kita fikir kita sahaja betul, maknanya kalau kita tidak sependapat dengan siapa pun, kita raikan dengan cara Rasulullah. Maknanya bukan dengan cara maki, bukan dengan hina, sebabnya beliau (Abby) melihat musuh PAS yang sebenar bukan itu, katanya lagi.


PAS  kini berbalah sesama sendiri secara terbuka tanpa memikirkan musuh politiknya yang sebenar sedang bersuka ria dengan perkembangan itu, ujar Abby. Justeru Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan menggesa agar segera ditamatkan perbalahan dalam jemaah itu dan kelompok yang terlibat kembali mengusahakan agar dirapatkan saf-safnya agar terus utuh mendepani arena politik tanah air.  Semua ahli-ahli PAS berada dalam satu jemaah, kalau boleh, panduan atau apa sahaja yang diucapkan biarkan selari, tetapi manusia memang macam itu, dalam keluarga pun ada perbalahan, ada benda yang tidak dipersetujui. Memang ada perbezaan pendapat tetapi orang-orang PAS perlu raikan cara Rasulullah, kita ni bila cakap perjuangkan Islam, jadi kita perlu ikat diri kita dengan akhlak Islam, katanya lagi. Kesimpulanya, adakah segala apa yang disuarakan oleh Ustazah segera, Abby itu boleh diterima oleh para ulama dan golongan Profesional dalam PAS? Dan, adakah Abby sudah merasakan bahang 'kehancuran' sedang melanda didalam PAS?

Kerana, Abby ketika mengistiharkan dirinya 'masuk PAS', dalam ucapan sulungnya beliau begitu menyanjung perjuangan PAS serta berkata PAS lah satu-satunya parti yang menyatukan umat dan parti yang memperjuangakan Islam, tidak seperti UMNO yang menolak Islam dan megamalkan rasuah. Abby juga membuat kenyataan, mengutuk bekas-bekas rakan-rakan artisnya, mengelar mereka sebagai artis yang sesat dan segala pendapatan (gaji) mereka adalah haram, tidak halal. Reaksi dan tuduhan dari Abby tersebut mengundangkan kemarahan dari rakan-rakan artis lamanya seperti Awie dan beberapa orang artis lain dan mencabar beliau (Abby) untuk berdebat. Tapi, biasalah, Abby tu perempuan, mana ada telo, betul tak? Abby terus melalak dan meroyan di dalam ceramahnya bersama PAS, 'Parti Ajaran Sesat'.

Apapun, biarlah Abby degan rintihan hatinya terhadap parti yang beliau cintai, PAS yang mana menjanjikan beliau masuk syurga tanpa disoal-siasat diakhirat nanti. Itu yang Abby kata dahulu. Kepada Abby, teruskan perjuangan mu bersama PAS, moga kamu tidak disesatkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang sedang bergolak. Samada kamu di kem PAS atau PasMa, itu hak kamu. Tapi, kalau rasa dah terlajak dan ingin kembali kepangkal jalan, masih belum terlambat, masih ada ruang untuk undur kebelakang, demi untuk kebaikan. Wassalam ~ IBM

MULUT 'CELUPAR HUSAM IBARAT 'LONGKANG' YANG TERSUMBAT. AMAT-AMATLAH BUSUK!

JUMAAT, 27 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 

PERANGAI busuk hati, mulut busuk, fitnah dan menjadi sebati bagi pemimpin-pemimpin PAS. Tak berbohong, tak menfitnah sehari mereka akan meroyan dan terus meroyan. Ibarat kata, kalau makan tu tak akan kenyang. Mereka (pemimpin PAS) akan rasa kenyang apabila melepaskan fitnah setiap isu yang mereka bawa. Isu UMNO tidak meletakkan calon pada PRK DUN Cempaka menjadi satu isu atau fitnah dari pihak pembangkang, iaitu PAS. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa keputusan UMNO Barisan Nasional (BN) yang enggan meletakkan calon pada Pilihan Raya kecil (PRK) DUN Cempaka membayangkan parti itu menerima kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama ini. Sekali gus membuktikan kata-kata keramat Tok Guru Nik Aziz: 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' (tiada sebab awak hendak menandingi saya) menjadi kenyataan hari ini. Selepas pemergian Tok Guru, UMNO-BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau Islam dan bukan kebangsaan adalah benar. 

Alhamdulillah, katanya dalam satu kenyataan. Disini IBM nak memperbetulkan akan kata-kata Husam yang begitu 'celupar', busuk bak longkang. Bila masa UMNO menyatakan 'menerima' kepimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan bila masanya pula UMNO menyatakan tidak menerima kemimpinan Tok Guru? Presiden Parti, DS Najib Tun Razak hanya mengumumkan bahawa BN tidak akan bertanding pada PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini. Itu sahaja.,Nampak sangat si Husam ini melepaskan geramnya dan menabur fitnah terhadap UMNO. Seperti yang kita tahu, PRK DUN Cempaka terpaksa diadakan selepas Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat kanser prostat. Husam yang juga ADUN Salor itu berkata, biarpun UMNO BN tidak meletakkan calon kali ini, Pakatan Rakyat akan tetap berkempen mendedahkan ketirisan pemerintahan kerajaan BN. Biar IBM ceritakan sedikit akan tingkah laku si Husam bodoh ini semasa beliau bertanding di PRU ke-13 yang lepas bertanding di Parlimen Putrajaya. IBM mengikuti bbeberapa siri ceramah si Husam  yang mana ceramah beliau hambar, penuh dengan penipuan, janji-janji kosong. 

Sambutan dari para-pengundi pun hambar, dan disitu IBM dapat lihat, pengundi-pengundi di Putrajaya menolak mentah-mentah si Husam banggang untuk menjadi wakil rakyat mereka. IBM kesian tengok Husam semasa berkempen. Berucap bertemankan kerusi--kerusi yang hampir kosong, beliau masih lagi berbohong, berjanji itu dan ini. Itulah sikap pemimpin PAS yang terlalu 'desprado' untuk menang. Akhirnya Husam tewas di Putrajaya. Satu lagi pembohongan yang besar dibuat oleh Husam ialah apabila mengistiharkan bahawa negeri Kelantan telah menjumpai 'minyak' dan kerajaan Kelantan akan menguruskan sendiri (rujuk kepada gambar yang dipaparkan). Apa sudah jadi dengan isu minyak tersebut? Kalau nak berbohong tu, berpada-padalah. Jangan perbodohkan rakyat. Tak takut dosa ke? Apapun, kita biarkan pemimpin PAS yang 'rakus' ini meneruskan pembohongan dan fitnahnya. 


Mudaha-mudahan tuhan akan menyedarkannya. Rugilah pemimpin-pemimpin kalau tak 'masuk syurga' seperti yang pemimpin-pemimpin PAS laungkan, sokong PAS (jadi ahli) masuk syurga, sokong UMNO/BN masuk neraka. Wow! dahsyatnya. Sebelum tutup, sebagai peringatan buat semua para pembaca, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan. Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 10 Mac. Kemelut PAS dan PasMa ni, agak-agak korang Husam terlibat tak? Hehehehe..saja tanya. Selamat maju jaya kepada PAS. Wassalam ~ IBM

ANWAR AL-JUB HARUS 'BERTAUBAT' SEBELUM DIAMPUN. BOLEH KE ANWAR?

JUMAAT, 27 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 


ASSALAMU'ALAIKUM semua, salam hari Jumaat penghulu segala hari dan salam sejahtera juga salam 1 Malaysia. 

Al-kisah menyeru supaya Anwar Ibrahim harus 'bertaubat' kerana kerja liwatnya oleh beberapa tokoh ulama terkenal (tersohor) dan juga orang perseorangan termasuk jugalah orang politik telah lama kita dengar. Tapi, ianya langsung tidak berkesan dan menjadi 'kudis' bagi Anwar yang telah pun di penjarakan. Seruan tersebut pernah disuarakan oleh Mufti Perlis Dr Asri (tokoh Ulama tersohor) dan juga musuh ketat Anwar ketika itu, iaitu mendiang dan mantan Pengerusi DAPigs , Karpal Singh dengan lantang bersuara agar Anwar 'bertaubat'. "Anwar harus bertaubat', katanya. Sampai kini, masih ada suara-suara yang menyeru yang juga merupakan nasihat agar Anwar 'bertaubat'. Ianya datang dari seorang Menteri kanan di dalam kabinet (tak perlu sebutkan nama). Katanya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti bertaubat secukupnya sebelum layak diberi pengampunan bagi jenayah liwat oleh lembaga pengampunan, kata seorang menteri Umno.Ditanya pada sidang media sama ada Anwar perlu bertaubat sebelum beliau boleh diberi pengampunan, Menteri tersebut menjawab "ya!" 

Biasanya orang minta ampun selepas menjalani hukuman penjara selepas beberapa tahun. "Kelakuan baik dalam penjara sepatutnya menjadi alasan untuk kurangkan hukuman atau mohon ampun," katanya. Tegas Menteri tersebut, pengampunan juga biasanya dipohon selepas berkelakukan baik - dan bukan atas alasan mencari keadilan.Menteri tersebut yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata pemimpin pembangkang itu hanya "bermain politik". Tapi, Anwar, memohon pengampunan diraja semata-mata untuk mengelakkan dirinya dilucutkan kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang PauhHakikat bahawa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa anak-anaknya bersama-sama untuk memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong, Ismail berkata, adalah satu strategi untuk mendapat belas kasihan. Biasanya peguam yang pergi tetapi tidak, isteri bawa anak dan cucunya pula yang beria-ia pergi - ini strategi untuk tarik simpati, kata Menteri tersebut. 

Memang ada fakta yang jelas bagi Anwar menerima teguran tersebut kerana menafikannya dari mengelak keaiban didunia diatas perbuatan sendiri, didunia boleh lepas, tapi, tidak diakhirat. Yang mana pilihan Anwar, dunia atau akhirat? Sedangkan orang kafir seperti mendiang Karpal Singh (semasa jadi musuh dahulu) menyarankan agar Anwar harus bertaubat. Sekali lagi dihari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, IBM juga menyeru agar Anwar 'bertaubat'. Penjara tetap penjara kerana Mahkamah telah memutuskannya. Anwar tetap bersalah. Wassalam ~ IBM

Thursday, February 26, 2015

PERMOHONAN PENGAMPUNAN TANPA PERSETUJUAN ANWAR WAJIB DITOLAK, KATA PAKAR

KHAMIS, 26 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

IBM setuju dan sependapat dengan seorang penganalisa politik yang juga merupakan seorang Peguam (tak payah sebut nama) mempertikaikan isi kandungan dokumen pengampunan yang dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili suaminya, yang dipenjarakan, si peliwat Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu. Dari apa yang dituliskan oleh penganalisa tersebut, permohonan pengampunan yang dikemukakan Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan Anwar. Berdasarkan kepada kata-kata dan cakap Anwar melalui Setiausahnya, Rafizi pondan, si peliwat ni konsisten dengan pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan. Maka, adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Anwar? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Anwar, bagi pandangan penganalisa politik tersebut, itu adalah satu penghinaan terhadap pendirian suaminya. katanya dalam satu kenyataan beliau hari ini. 

Menurut beliau yang juga seorang peguam, asas kepada permohonan pengampunan adalah tertuduh mengaku bersalah terhadap kesalahan yang disabitkan, menyesal dengan kesalahan tersebut dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Elemen-elemen ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya, kata beliau. Sebaliknya, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dilihat cuba memperlekehkan institusi pengampunan Diraja dengan menjadikan alasan 'kehakiman tidak telus' sebagai alasan pengampunan. Permohonan tersebut juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah Yang di-Pertuan Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan," katanya. Beliau berkata, kebiasaannya hanya pesalah yang dijatuhi hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. 

Bagaimanapun, katanya, adalah agak luar biasa dan kelakar bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun untuk memohon pengampunan atas hukuman tersebut. Apatah lagi bagi tertuduh yang selalu melaungkan slogan "Lawan Tetap Lawan". Soalan dari IBM pula, adakah keluarga si peliwat membuat permohonan pengampunan kerana Anwar dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara seperti yang dimaklumkan Wan Azizah?,. Seperti yang kita semua tahu, pada hari Selasa, keluarga Anwar memfailkan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pada saat-saat akhir terhadap hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Notis tersebut difailkan bagi mengelakkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh. 

Malah, pada Rabu, Sekretariat PKR akan berusaha mendapatkan kebenaran Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya Anwar dapat hadir pada sidang Parlimen, Mac ini. Setiausaha Agung PKR, Rafizi pondan berkata, sekretariat itu juga akan berbincang dengan barisan peguam ketua pembangkang itu untuk tindakan susulan. Tidaklah tindak tanduk keluarga Anwar ini menyusahkan kerajaan dan rakayt jelata. Tak habis-habis cerita tentang beliau. Ingat dah masuk penjara, aman seketika, tapi, sebaliknya. Untuk tutup cerita pasal keluarga 'songsang' iaitu keluara '69' ni, tolak sahaja permohonan pengampunan si peliwat tu seperti apa yang IBM katakan didalam posting yang lepas. Selesai masalah. Wassalam ~ IBM

PRK DUN CEMPAKA : SAH! UMNO TIDAK BERTANDING!

KHAMIS, 26 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

TAK KISAH apa pun orang dan pembangkang nak kata.  Tak telo ke penakut ke itu hak UMNO untuk tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini. Itu berita yang soheh yang IBM dapat. Mengikut kata Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu. UMNO tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah. Itu kenyataan dan mesej beliau  di dalam Twitternya hari ini. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac. Imbasan kembali pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, bekas Menteri Besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi. 

Sementara itu, sumber melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata keputusan serupa pernah dibuat BN pada PRK Parlimen Bukit Gelugor pada Mei 2014, Jadi, tidak bertanding bukan erti UMNO/BN takut, tapi untuk perpaduan umah dan pembaziran wang tidak berlaku. Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibunegara malam ini, Najib berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO  Kelantan dan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa sebelum membuat keputusan berkenaan. Dalam pada masa yang sama, DS Najib menyentuh mengenai kedudukan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DS Najib berkata UMNO akan menunggu keputusan SPR berikutan permohonan petisyen pengampunan Diraja oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum membuat sebarang keputusan. 

Tahniah kepada UMNO/BN kerana mempunyai sikap yang terbuka, kerana bukannya jatuh kerajaan BN jika tidak bertanding di DUN Cempaka. IBM yakin rakyat akan membuka mata dengan tindakan UMNO/BN tersebut. Rakyat faham dan rakyat sudah muak dengan kerenah-kerenah dari parti politik yang berkepentingan dan memecah-belahkan rakyat amnya. Apa yang penting sekarang, UMNO/BN tumpukan perhatian penuh kepada PRK Parlimen Permatang Pauh. Selamat berjuang kepada semua, kerana 'perjuangan kita masih belum selesai'. Wassalam ~ IBM

Wednesday, February 25, 2015

DAH KENA PENJARA PUN NAK MOHON HADIR KE PARLIMEN. UNDANG-UNDANG APA YANG PAKATAN HARAM PAKAI NI?

RABU, 25 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

BELUM apa-apa lagi pakatan haram sudah mula beria-ia untuk membawa Anwar si peliwat ni untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Permohonan pengampunan pun masih samar-samar samada di terima atau tidak oleh Anggota Majlis Pengampunan Wilayah Persekutuan yang di ketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah .Pakatan beranggapan yang Anwar si peliwat masih lagi ahli Parlimen Permatang Pauh, Melalui partinya, PKR akan cuba memohon agar Anwar dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat mulai 9 Mac. Mengikut kata Setiausaha bodoh PKR, Rafizi pondan, sebagai ketua pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang. Wajar? apa maksud PKR tentang istilah 'wajar' tu? Undang-undang mana yang PKR pakai ni? Dan...tahukah mereka (pembangkang) akan makna wajar tu? 

Dalam satu kenyataan, Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli@pondan, yang juga naib Presiden parti itu, menambah PKR dan kumpulan peguam Anwar akan berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mendapatkan kebenaran tersebut. Mengikut pembangkang, Anwar masih kekal sebagai sebagai wakil rakyat sehingga petisyen pengampunan diraja yang dimohon semalam diselesaikan. Walaupun keputusan memohon pengampunan itu dibuat oleh keluarga Anwar, kata Rafizi lagi, PKR memberikan sokongan penuh. Biro politiknya memutuskan malam tadi untuk menyokong tindakan keluarga Anwar dengan alasan beliau berdepan "ketidakadilan ketara" dalam kes liwatnya. Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Anwar dilihat berunsur politik bertujuan menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, kata Rafizi. Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Anwar seorang tahanan politik yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya, bukan kerana kesalahan yang diuar-uarkan.

Bagi IBM, itulah satu kenyataan yang paling-paling bodoh dan tidak berotak dari si Rafizi pondan yang terang-terang di perbodoh dan diperhambakan oleh Anwar al-jub dan sekeluarga. Disini jelas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Anwar menggunakan segala tipu-helahnya yang mana beliau telah memohon dua permohonan untuk membebaskan diri beliau Permohonan pertama, pengampunan kes liwat II beliau dan kedua permohonan untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat yang mana kononnya beliau masih lagi seorang ahli Parlimen Permatang Pauh. Lihat, betapa liciknya si peliwat ini. IBM tak dapat bayangkan betapa aibnya kerajaan sekiranyqa kedua-dua permohonan tersebut di luluskan serentak. 

Tapi, jika anggota Majlis Pengampunan Wilayah Persekutuan meluluskan permohonan pengampunan tersebut, bermakna permohonan kedua Anwar untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat secara automatik lulus dan tak perlulah memohon. Betul tak? Dalam hal ini, kenapa kita yang mesti tunduk kepada kehendak Anwar dan pakatan haramnya? Teruskan hukuman, jangan dilayan. Bagi IBM episod Anwar al-jub sudah berakhir. Tutup buku dan kekalkan hukuman., tolak rayuan pengampunan. Itu yang muktamat! Wassalam ~ IBM

LIGA JUARA-JUARA EROPAH : LUIS SUAREZ JARING 2 GOL BANTU BARCELONA TEWASKAN MAN CITY 2-1

RABU, 25 FEB 2015

SEMBANG SUKAN : 

WALAUPUN Luis Suarez tidak lagi menyarung jesi Liverpool, IBM masih minat dan kagum dengan cara beliau bermain bola-sepak. Lincah dan penuh dengan kontrovosi. Sebab itu IBM masih jadi peminat setia Luis Suarez dan kelab Liverpool masih jadi kelab kesayangan IBM. Jaringan 2 gol oleh Luis Suarez  ketika membuat penampilan semula di England buat pertama kalinya sejak berhijrah ke Sepanyol untuk membantu Barcelona menewaskan Manchester City 2-1 pada aksi kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu membuat IBM merasakan Luis masih berada di Anfield bermain bersama Liverpool. Bagi IBM 2 jaring yang membolosi gawang gol Man City adalah untuk Liverpool. Kerana di musim yang lepas Liverpool terlepas menjadi juara liga setelah dipisahkan dengan 1 mata dengan Man City.  Terubat sikit hati IBM bila Man City tewas apatah lagi di tempat sendiri .Pemain kelahiran Uruguay itu menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan minit ke-30 bagi memberikan kelebihan buat Barcelona menjelang pertemuan kedua di Nou Camp, bulan depan. Sergio Aguero dapat juga menjaringkan gol tunggal untuk City pada minit ke-69.


Pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Gael Clichy diperintah meninggalkan padang. Penjaga gawang City, Joe Hart menyelamatkan maruah City pada minit terakhir apabila menafikan sepakan penalti Lionel Messi. City perlu melakar keajaiban pada aksi kedua di Nou Camp bulan depan sekiranya mahu menyekat Barcelona daripada mara ke peringkat lapan pasukan terakhir. Suarez kini mengumpul sembilan gol untuk Barcelona dalam 23 penampilannya. IBM percaya Luis Suarez akan lebih menyerlah di Nou Camp dan pastikan Man City bawa balik telo dari Sepanyol. Majulah sukan bola-sepak untuk negara. Bagi Liverpool, 'You'll Never Walk Alone". Forever Liverpool. - IBM

KPN DIUGUT BUNUH OLEH KUMPULAN 'ARNAD? SIAPA 'ARNAD NI?

RABU, 25 FEB 2015

JENAYAH :

GEMPAR juga bila IBM dengar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di ugutan bunuh yang diterimanya menerusi klip video dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Anak Malaysia Anti-Demokrasi (Amad). Lebih kurang macam kumpulan IS le pulak. Apapun, ianya tidak menjadi kudis bagi KPN malah tidak gentar dengan ugutan tersebut. Ugutan sedemikian tidak langsung menakutkan beliau dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Ia adalah lumrah dalam kehidupan seorang pegawai polis yang menjalankan tugasnya, katanya hari ini, Rabu. Ugutan bunuh terhadap Khalid disampaikan kumpulan tiga lelaki bertopeng itu menerusi klip video yang dimuat naik di YouTube. Video bertajuk "Peringatan kepada IGP" berdurasi 1.27 minit itu mengugut membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya sebagai desakan untuk beliau meletak jawatan. Ia digambarkan pada akhir video itu dengan seorang lelaki bertopeng membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut menggunakan pemetik api disusuli bunyi letupan. 

Khalid yang menganggap perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab berkata, pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengesan identiti kumpulan terbabit. Malahan, beliau turut memberi amaran tidak akan teragak-agak  mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganggu-gugat keamanan negara ini. Kepada pihak yang mempunyai niat jahat, hentikannya serta merta kerana ia boleh membawa implikasi keselamatan serius dan merosakkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa negara ini, katanya. Tambahnya lagi, tindakan kumpulan itu memberi gambaran buruk terhadap sistem demokrasi yang sudah lama diamalkan di negara ini. Khalid turut menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan segelintir masyarakat di negara ini yang tidak menggunakan saluran demokrasi yang betul, sebaliknya memilih untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Bagi pandangan IBM, ugutan ini ada kaitannya dengan 'politik'. Tak payah IBM nak huraikan satu persatu.

Dalangnya adalah orang politik yang iri hati dan berdendam dengan KPN yang begitu agresif menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara bagi menyekang segala kegiatan jenayah. Ada juga yang mengelar Tan Seri Khalid sebagai 'barua BN'. Begitu dendam mereka kepada KPN. IBM tabik kepada KPN. Jangan gentar terhadap ugutan yang bodoh itu. Siasat dan cari si penjenayah tersebut walaupun sampai ke 'lubang cacing'. Tangkap dan sumbat ke dalam penjara seperti ketua pembangkang, Anwar al-jub. Dan siapa kumpulan 'ARNAD' INI DAN SIAPA DIBELAKANGNYA? Ianya mesti dibendung sekarang. Kalau tidak akan merebak dan menjadi kudis yang mana sekali gus akan mengancam kesejahteraan dan kententeraman negara. Wassalam ~ IBM

AYAHANDA ANWAR BUKAN PELIWAT, TAPI 'TAHANAN POLITIK', KATA NURUL NUHA

RABU, 25 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

INGATKAN setelah dihumban ke penjara Sungai Buloh, tamatlah sudah episod liwat si Anwar Ibrahim ni. Tapi tidak. Ada lagi ruang untuk si peliwat ini untuk mendapat 'pengampunan' dan berkemungkinan boleh dibebaskan. Apa punya undang-undanglah ni (maaf, bukan menghina undang2 kita ye). Seperti yang kita tahu, Anwar telah menarik kes liwat II nya bertahun-tahun lamanya. Seolah-olah beliau mempermainkan undang-undang di negara ini. 10 Feb lepas, Anwar didapati bersalah dan Mahkamah kekalkan hukuman 5 tahun penjara diatas kesalahannya meliwat bekas pembantu beliau, Saiful Anwar. Anwar kini sedang merengkok di dalam penjara. Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah, keluarga Anwar membuat permohonan pengampunan diRaja bagi melepaskan Anwar. Anak perempuan Anwar Nurul Nuha (gambar bawah kanan) dengan lantang berkata ayahanda beliau (Anwar) tidak bersalah dan mendakwa Anwar menjadi 'tahanan politik'. Siapa si Nurul Nuha ini yang membuat kenyataan sebegitu rupa? Dah lama ke dia ni berpolitik? Bila ayahanda dia main buntut, sedap, tapi bila kena dan didapati bersalah, salahkan politik pulak. Apa benggap le budak seko ni. Bagi IBM ada dua sebab kenapa permohonan pengampunan itu difailkan. 

Pertama untuk menyelamatkan Parlimen Permatang Pauh menjadi kosong sekiranya Anwar kekal didalam penjara. Kedua, biasalah, demi maruah Anwar dan sekeluarga tetap mempertahankan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes liwat tersebut. Tapi, bagi IBM, Anwar sekeluarga telah membuka ruang kepada masyarakat menilai akan tingkah laku Anwar yang sebenarnya adalah peliwat tegar. Ini kerana gara-gara Anwar yang sebelum ini membuat pengakuan bahawa beliau (Anwar) tidak akan membuat rayuan kerana apabila rayuan dibuat sekali gus membuktikan bahawa beliau bersalah. Kini, terbukti sudah Anwar seorang peliwat. Itulah balanya jika manusia seperti Anwar ini yang suka dan selalu cakap berbelit-belit penuh dengan penipuan. Kalau Nurul Nuha menuduh bahawa ayahandanya menjadi tahan politik, itu adalah satu kenyataan orang yang sempit pemikirannya dan masih lagi 'berhingus' di kancah dunia politik..Bagi IBM seluruh keluarga Anwar Ibrahim adalah musuh politik  tanah air yang harus di hapuskan dan parti keadilan rakyat (PKR) harus di kuburkan buat selama-lamanya. 

Cukup...cukuplah si Anwar al-jub dan kelurganya menyusahkan rakyat dan negara. Banyak lagi kerja yang harus kita lakukan demi untuk menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Bukan nak melayan kerenah Anwar dan keluarganya, juga pakatan haram. IBM pun dan letih asyik menulis pasal Anwar tak habis-habis. Ingatkan apabila dah masuk penjara, legalah sikit. bolehlah cari bahan cerita yang lain pulak. Ini tidak, masih ada lagi yang hendak ditulis. Puiiiiii! Sial punya peliwat. Agak-agak korang semua, diterimakah permohonan pengampunan Anwar tu? Tak apa.....kita tungguuuuuuuu! Wassallam ~ IBM

Tuesday, February 24, 2015

AKHIRNYA ANWAR MENGAKU BELIAU MELIWAT SAIFUL APABILA KAK WAN JIJAH HANTAR RAYUAN 'PENGAMPUNAN' PADA SAAT-SAAT AKHIR. ITU ARAHAN DARI ANWAR!.

SELASA, 24 FEB 20

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

WALAUPUN ianya bukan dari mulut Anwar, tapi secara lojiknya Anwar secara tak sengaja sudah mengaku bahawa beliau bersalah dan beliau adalah seorang peliwat tegar. Kalau tidak mendapat arahan dari Anwar, Kak Wan Jijah tidak akan membuat dan menfailkan rayuan 'pengampunan' dari Duli Yang Di Pertuan Agung di atas kesalahan liwat beliau. IBM mendapat maklumat yang soheh bahawa Keluarga Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pada saat-saat akhir terhadap hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Notis tersebut difailkan bagi mengelakkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil berkata rayuan tersebut telah difailkan oleh anak kedua Anwar, Nurul Nuha pada  hari ini, Selasa. Rayuan pengampunan tersebut telah dihantar oleh Nuha bersama dengan ibunya ke Istana Negara petang Selasa. Rayuan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan juga akan berjalan seperti yang dirancang, 

Menurut Fahmi keluarga Ketua Pembangkang itu akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai rayuan pengampunan tersebut dalam tempoh satu jam lagi. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya masih perlu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengesahkan tarikh penerimaan notis berkenaan. Pengesahan daripada Speaker akan membolehkan SPR mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang SPR untuk tindakan selanjutnya, katanya. Sebelum ini, iaitu semalam, Isnin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pondan telah membuat satu kenyataan bahawa Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya. Rafizi memberitahu bahawa mereka tidak menerima sebarang arahan daripada Anwar berhubung permohonan pengampunan berkenaan. Kalau pemohonan pengampunan itu dibuat, bermakna Anwar menyerah dan mengistihar bahawa beliau bersalah dan beliau benar-benar telah meliwat Saiful Bukhari. 

Diberitakan juga Anwar akan mengeluarkan satu kenyataan penuh pada malam ini, tapi, belum lagi ada berita terkini akan hal tersebut. Apapun kita tunggulah sahaja. Yang penting bagi IBM, Anwar dilihat telah 'menjerat leher' beliau sendiri. Pembohongan demi pembohongan yang Anwar telah buat selama ini, akhirnya terpancus dari mulut beliau sendiri apabila mengemukan rayuan pengampunan bagi kesalahan liwatnya.  Tuhan maha adil, Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Anwar dan Rafizi pondan tidak menjadi, malah Anwar tersalah langkah yang mana akhirnya langkah beliau menuju ke penjara Sungai Buloh. Adakah rayuan pengampunan Anwar diterima? Sama-sama kita tunggu. Wassalam ~ IBM

PAS SERIK 'DITENDANG' UMNO. BERAPA KALI PAS KENA TENDANG OLEH UMNO?

SELASA, 24 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK

MEMANG otak pemimpin-pemimpin PAS ni dah mering. Cakap tidak pakai otak dan fakta. Kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menunjukkan betapa jahil dan tololnya beliau sebagai seorang ahli politik.bagi menterjemahkan sejarah hitam yang mana PAS kononnya 'ditendang' oleh UMNO. IBM nak tanya pada Tuan Brahim ni, berapa kalikah PAS ditendang oleh UMNO? Dan...beliau tahu tak kenapa PAS ditendang? Kenyataan dan tuduhan beliau amat-amat dikesali, apatah lagi beliau mewakili PAS, sebuah parti yang dikatakan pejuang kepada agama Islam. Tapi, sebenarnya PAS adalah 'Parti Ajaran Sesat' yang kian hari menyesatkan pengikut-pengikut tegarnya. Beliau (Tuan Brahim) tahu akan sejarah kenapa PAS di tendang keluar dari Barisan Nasional (BN). Sepatutnya Tuan Brahim menceritakan perkara yang sebenarnya, bukan seperti 'menegakkan benang yang basah'. Maka, apabila timbulnya desas-desus bahawa UMNO dan PAS akan bergabung kembali demi untuk kepentingan orang-orang melayu amnnya, PAS seolah-olah ingin membalas dendam dan menyalahkan UMNO apabila mereka disingkirkan dari BN.
Maka, statement/kenyataan yang dibuat oleh Tuan Brahim bahawa PAS dengan pendiriannya untuk tidak bersama UMNO kerana mendakwa serik dengan pengalaman lalu 'ditendang' keluar daripada muafakat apabila UMNO kembali kuat. Malahan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun untuk mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu, isu penggabungan dengan UMNO tidak akan timbul. malah beliau turut mengungkit serta merujuk kepada isu royalti minyak, pembangunan, lebuhraya dan lapangan terbang  yang didakwanya suatu penindasan UMNO terhadap Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan. Kalau setakat untuk perpaduan orang-orang Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baharu berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan UMNO, katanya. 
Tidak setakat itu, Tuan Brahim dengan lantang menuduh UMNO mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan. Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak UMNO yang korup, katanya menerusi sumber yang IBM dapat hari ini. Selasa. Tujuan Tuan Brahim berkata demikian sebagai hendak menjawab dan memberi penjelasan berhubung penggabungan PAS dan UMNO selepas mendapati isu berkenaan diviralkan menerusi media sosial kebelakangan ini. Kepimpinan PAS juga mengakui pemilihan parti itu pada Jun akan menentukan hala tuju parti itu termasuk mengenai kedudukan dalam gabungan Pakatan Rakyat atau bekerjasama dengan UMNO. Bagi IBM, tidak mengapa si tua bongok ni (maaf kasar sikit) menjawab atau membetulkan berita yang tersibar di laman sosial, tapi, penjelasan yang beliau buat itu adalah fitnah dan tidak betul. PAS kata UMNO tendang PAS, tapi, berapa kalikah PAS diaibkan, dibuli dan diperbodoh-bodohkan oleh rakan kongsi mereka dalam Pakatan, iaitu DAP & PKR? PAS seolah-olah seperti kuda/kaldai tunggang buat DAP & PKR.
Terkini, isu hudud hangat sedang diperkatakan. DAP dengan lantang menentang akan perlaksaan hudud oleh PAS dan DAP sudah beberapa kali dengan terang dan jelas 'menghalau' PAS keluar dari pakatan. Tapi.....kenapa PAS berdiam diri, dan masih terhegeh-hegeh masih ingin bersama pakatan? Mana maruah PAS? Aibkah dan hilangkah maruah PAS bila ditendang keluar dari BN? Cuba duduk dan cerminkan diri tu dahulu wahai Tuan Brahim. Bercakaplah dengan benar, dengan fakta, tidak mengikut emosi semata-mata ingin membalas dendam kepada sesama bangsa dan agama. Cerita pasal 'korup' pulak, jangan sewenang-wenangnya menuduh UMNO korup. Pemimpin-pemimpin PAS tidak korup ke? Alim benar ke pemimpin-pemimpin PAS ni? Jadi, kesimpulanya di sini, kenyataan yang dibuat oleh si tua PAS ni adalah satu kenyataan yang amat-amat bodoh, banggang dan tidak beratika. Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS termasuk Tuan Brahim ini tidak menunjukkan bahawa mereka adalah dari golongan orang-orang yang berilmu, alim dan kuat agama. 
Mereka-mereka ini lebih teruk dari 'dajjal' yang kini sudah turun ke dunia bagi menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Akhir sekali, kepada pucok pemimpinan UMNO yang diatas sana tu, berhati-hati dengan kenyataan sesat dari PAS. Lupakan untuk menngabungkan melayu UMNO dengan PAS. Itu semua kerja sia-sia. Kita (UMNO) telah lama mengalah dan memang ikhlas untuk menyatukan melayu UMNO dan melayu PAS demi untuk kesejahteraan orang-orang Melayu di negara ini dari segi ekonomi, politik dan keagamaan, tapi, PAS tolak. Janganlah kita (UMNO) diibaratkan seperti 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' pulak kerana melayu UMNO boleh hidup dan berjaya tanpa bergabung dan bersatu dengan melayu PAS. Bagi IBM penggabung ini tidak perlu dan harap dihentikan segera. Fikir-fikirkan, kerana PAS memang dari dahulu, kini dan selamanya merupakan sebuah 'Parti Ajaran Sesat'. Kepada Tuan Brahaim, kalau PAS tak setuju, UMNO lagi tak ingin. Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...