

Pihak yang tidak bertanggung jawab telah dikesan apabila menggunakan seorang yang muflis untuk mensabotaj 1MDB adalah satu tindakan tidak bermaruah dan satu fitnah politik. Ini agenda kotor pihak tertentu (sudah tentu idea pembangkang) untuk memburukkan imej Presiden UMNO DS Najib yang juga selaku Menteri Kewangan. Hal ini sama dengan tindakan menggunakan 'penyangak mata wang' untuk menjatuhkan nilai ringgit dan seterusnya mensabotaj ekonomi negara, kerana objektifnya sama, kata Datuk Ismail dalam kenyataan semalam, Sabtu. Dalam pada itu, Ismail berkata, kalangan ketua UMNO bahagian tidak akan mengambil sikap berdiam diri lagi selepas ini, jika ada pihak tertentu mahu menjatuhkan kepemimpinan Najib melalui cara tersebut. Katanya, jika pihak terbabit masih berdegil dan mahu meneruskan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, mereka perlu berdepan dengan tentangan ketua-ketua UMNO bahagian terlebih dahulu.
Bukan setakat ikrar malah mereka (ketua-ketua bahagian) sanggup melakukan apa sahaja untuk patahkan agenda mereka, berani buat berani tanggung akibatnya, tidak kiralah apa pangkat atau pun jasa silam mereka kepada negara, katanya.
IBM disini ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas keberanian dan kelantangan Ketua-Ketua UMNO bahagia bersuara bagi mempastikan ekonomi negara terus berkembang sekali gus mencapai wawasan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Ikrar ini harus dipandang serius oleh pembangkang kerana ikrar ini merupakan janji-janji mereka yang sanggup berjuang apa sahaja demi bangsa, agama dan negara. They 'means business'. Selamat maju jaya semua. Wassalam ~ IBM