Monday, February 2, 2015

KES LIWAT II : YAKIN DIBEBASKAN, TAPI ANWAR MASIH MELALAK DI LUAR SANA. DAH GILA KOT!!

ISNIN, 02 FEBRUARI 2015
ANWAR al-jub dilihat sudah mula hilang punca gara-gara keputusan kes liwatnya yang akan diumumkan pada 10 Februari ini. Anwar cuba selindung segala keresahan yang melanda jiwanya. Maka, Anwar seperti biasa yang mana kita semua ketahui, beliau adalah pelakon dan peliwat no 1 negara. Untuk itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim al-jub cuba menenangkan rakan-rakannya di dalam Pakatan dan menegaskan tiada keperluan untuk Pakatan Rakyat mencari calon pengganti untuk jawatan yang dipegangnya sekarang, kerana beliau optimis akan dibebaskan daripada pertuduhan kes liwat II. Beliau masih ada di sini. Tidak akan jadi apa-apa dan beliau begitu optimis berdasarkan fakta, undang-undang dan bukti, katanya dipetik dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Himpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini semalam, Ahad. Sambil mengulangi bahawa tiada kemungkinan untuk beliau dipenjarakan berdasarkan bukti yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan, Anwar berkata, beliau bagaimanapun berserah jika keputusan adalah sebaliknya. Kalau ada perkara di luar jangkaan, itu di luar kawalan beliau. 

Kepada Allah beliau berserah, katanya. Ingat juga Anwar pada Allah ye! Seperti yang kita semua tahu diakhba-akhbar dan juga di media elektronik, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pada 10 Februari ini bagi keputusan rayuan Anwar berhubung kes liwatnya. Anwar, 67, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah atas tuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Anwar didakwa meliwat Saiful, 27 di Unit 11-5-1 di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Jika kalah dalam rayuan itu, Anwar boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. 

Maka, kemungkinan berlakunya Pilihanraya kecil (PRK) bagi Parlimen Permatang Pauh, tapi, Anwar dengan angkuh berkata, itu semua tidak akan berlaku. Bagi pandangan IBM, kalau betul Anwar begitu yakin bahawa beliau akan memenangi kes liwat tersebut, kenapa si peliwat ini mengadakan apa yang di panggil 'Jelajah Rakyat Hakim Negara' , melalak di luar sana kononnya beliau tidak bersalah dan yakin Mahkamah akan membebaskan beliau? Itu semua adalah sendiwara Anwar al-jub yang kita semua sudah 'masak' dan 'muak'. Oleh itu, wa'ema apa sekali pun yang Anwar laungkan, terlolong sana-sini, biarkan dia (Anwar) dengan egonya. Yang penting, 10 Februari ini kian menghantui Anwar dan kuncu-kuncunya. Anwar bebas atau ke Sungai Buloh? Sama-sama kita tunggu.  Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...