Monday, February 23, 2015

PRK PERMATANG PAUH : UMNO SUDAH BERSIAP-SEDIA, TUNGGU ISYARAT!

ISNIN, 23 FEBRUARI 2015

SELESAI bab Anwar al-jub. Beliau telah pun disumbat ke penjara Sungai Buloh. Tak tahu le apa nasib beliau di sana. Itu dia punya hal lah .Kini kita semua bersiap siaga untuk menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang kini kosong setelah berhijrahnya Anwar al-jub ke penjaran Sungai Buloh. Difahamkan,  Badan Perhubungan UMNO negeri (Pulau Pinang) hanya menanti isyarat daripada pucuk pimpinan parti bagi menggerakkan jentera pilihan raya dalam misi menawan semula Parlimen Permatang Pauh sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen berkenaan diadakan kelak. Itu mengikut kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam. Mengikut DS Reezal, UMNO negeri sudah lama berkhidmat di kawasan itu meski­pun sejak sekian lama dikuasai pembangkang dalam usaha menarik semula keyakinan penduduknya untuk kembali meyakini Barisan Nasional (BN).UMNO sentiasa dan sudah  bersedia untuk turun padang bertemu para pengundi Permatang Pauh dan bergerak dalam satu pasukan yang mantap sekiranya perlu berhadapan dengan PRK di Parlimen terbabit. 

Sekarang perhatian tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunggu dan menanti isyarat daripada pucuk pimpinan parti  sebelum memulakan gerak kerja sebagai jentera pilihan raya untuk UMNO dan BN, Lebih kurang begitulah cerita terkini dari DS Reezal Merican kepada pemberita di sini hari ini, Isnin. Beliau ditemui oleh pemberita selepas beliau melawat rumah seorang penduduk Kampung Pasir Gebu yang mana rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian kelmarin. PRK Parlimen Permatang Pauh hampir pasti diadakan selepas tempoh bagi penyandangnya, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang merayu pengampunan daripada kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan tamat pada Selasa in (esok)i. Dalam pada itu, apabila ditanya berkenaan calon BN sekiranya PRK berlangsung kelak, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan, sehingga saat ini UMNO negeri belum mempunyai senarai nama calon bagi mewakili BN. 

Tetapi tidak kira siapa pun calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti kelak, UMNO ne­geri akan menyokong dan berharap semua pihak khususnya di peringkat bahagian menerima ketetapan terbabit serta terus bekerja sebagai satu pasukan demi kemenangan,  katanya. IBM setuju dengan pandangan DS Reezal. Tak kira siapa calon yang akan dilantik oleh pucok pepimpinan parti. Apa yang penting, sokongan padu haru diberikan kepada calon itu kelak. Pastikan BN dapat merampas kembali Parlimen Permatang Pauh dari tangan Pakatan. Lawan tetap lawan. Insyallah. Wassalam ~ IBM

P/S : Maaf IBM berihat lebih kurang seminggu kerana kurang sihat. Dinasihatkan oleh Dr supaya tidak terlalu 'stress', banyakkan berihat, jangan tidur lewat. Kini, IBM kembali menulis kerana 'perjuangan masih belum selesai'. Terima Kasih kerana masih lagi sudi membaca dan memberi sokongan moral kepada IBM.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...