Wednesday, February 25, 2015

KPN DIUGUT BUNUH OLEH KUMPULAN 'ARNAD? SIAPA 'ARNAD NI?

RABU, 25 FEB 2015

JENAYAH :

GEMPAR juga bila IBM dengar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di ugutan bunuh yang diterimanya menerusi klip video dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Anak Malaysia Anti-Demokrasi (Amad). Lebih kurang macam kumpulan IS le pulak. Apapun, ianya tidak menjadi kudis bagi KPN malah tidak gentar dengan ugutan tersebut. Ugutan sedemikian tidak langsung menakutkan beliau dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Ia adalah lumrah dalam kehidupan seorang pegawai polis yang menjalankan tugasnya, katanya hari ini, Rabu. Ugutan bunuh terhadap Khalid disampaikan kumpulan tiga lelaki bertopeng itu menerusi klip video yang dimuat naik di YouTube. Video bertajuk "Peringatan kepada IGP" berdurasi 1.27 minit itu mengugut membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya sebagai desakan untuk beliau meletak jawatan. Ia digambarkan pada akhir video itu dengan seorang lelaki bertopeng membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut menggunakan pemetik api disusuli bunyi letupan. 

Khalid yang menganggap perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab berkata, pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengesan identiti kumpulan terbabit. Malahan, beliau turut memberi amaran tidak akan teragak-agak  mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganggu-gugat keamanan negara ini. Kepada pihak yang mempunyai niat jahat, hentikannya serta merta kerana ia boleh membawa implikasi keselamatan serius dan merosakkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa negara ini, katanya. Tambahnya lagi, tindakan kumpulan itu memberi gambaran buruk terhadap sistem demokrasi yang sudah lama diamalkan di negara ini. Khalid turut menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan segelintir masyarakat di negara ini yang tidak menggunakan saluran demokrasi yang betul, sebaliknya memilih untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Bagi pandangan IBM, ugutan ini ada kaitannya dengan 'politik'. Tak payah IBM nak huraikan satu persatu.

Dalangnya adalah orang politik yang iri hati dan berdendam dengan KPN yang begitu agresif menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara bagi menyekang segala kegiatan jenayah. Ada juga yang mengelar Tan Seri Khalid sebagai 'barua BN'. Begitu dendam mereka kepada KPN. IBM tabik kepada KPN. Jangan gentar terhadap ugutan yang bodoh itu. Siasat dan cari si penjenayah tersebut walaupun sampai ke 'lubang cacing'. Tangkap dan sumbat ke dalam penjara seperti ketua pembangkang, Anwar al-jub. Dan siapa kumpulan 'ARNAD' INI DAN SIAPA DIBELAKANGNYA? Ianya mesti dibendung sekarang. Kalau tidak akan merebak dan menjadi kudis yang mana sekali gus akan mengancam kesejahteraan dan kententeraman negara. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...