Saturday, October 3, 2015

COUTINHO AKAN TINGGALKAN LIVERPOOL AKHIR MUSIM INI??

SABTU, 03 OKTOBER 2015
BERITA SUKAN :

SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

PHILIPPE Coutinho bakal meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini jika kelab itu gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Rakan baik Coutinho yang juga pemain senegaranya di Brazil iaitu David Luiz memberitahu, Countinho masih berada di Liverpool pada musim ini kerana kelab berkenaan masih bersaing di peringkat Eropah. "Yang terbaik pasti ingin bermain di peringkat terbaik. Coutinho merupakan pemain tengah terbaik di England ketika ini.

"Itu adalah yang terbaik untuknya, jika kamu bermain di peringkat lebih tinggi, kelab-kelab lebih baik akan mengambil kira prestasi kamu. "Jika Liverpool tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan, saya percaya dia akan menjadi pemain rebutan di Eropah pada musim depan," katanya. Coutinho, 23, menyertai Liverpool dengan nilai £8.5 juta dari Inter Milan pada 2013 dan berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan di Liga Perdana Inggeris - SUMBER
P/S ~ Kalau ianya benar-benar berlaku, amat-amatlah rugi bagi kelab Liverpool. Bagi pandangan IBM peminat setia Liverpool, pemain sehebat Coutinho ini harus diberi perhatian. ayuh Liverpool, tahun depan mesti (harus) layak untuk Juara-Juara  Eropah. kalau tidak ramai yang akan meninggalkan Liverpool. "YOU'LL NEVER WALK ALONE". Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

4 comments:

  1. Wah! Admin pun peminat liverpool eh?boleh beritahu tak sejak bila dah jadi peminat liverpool ni.
    Ceciter sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~ Mohamed Noor,

      Salam. Ya..sememangnya IBM dah lama menjadi peminat setia Liverpool. Sejak era kennny Daglish, Bruce Gobler (gol keeper)....sehingga skrg ini.....YNWA!....

      Delete
  2. Oh.kalau begitu saya lagi dulu dari tuan,saya dari era david johnson,alan kennedy,ray clemence dan keegan sampailah sekarang.YNWA juga untuk tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya belum minat kat mana2 kelab liga inggeris...tapi, saya memang selalu menonton Liverpool ketika bermain....YNWA!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...