SAH! Aida Jebat bukan individu di sebalik laman facebook fanpage Ayda Jebat seperti yang di’viral’kan di laman sosial. Penafian oleh artis tersebut di buat memandangkan beliau dikecam bila ada akaun Klon yang meyamar sebagai Aida Jebat. Mula mencipta nama apabila berlakon di samping Zul Ariffin, namun akhir akhir ini wujud satu laman blog menggunakan nama Ayda Jebat mula cenderung mengkritik dan mempersoalkan intergriti SPRM melalui laman sosial miliknya. Kewujudan laman blog itu menjadi perhatian pelayar laman maya yang mengikuti perkembangan karier artis baru ini.
NAJIB OH NAJIB BEBASKAN SPRM DARI CENGKAMAN NAJIB merupakan entri terbaru menggunakan nama Ayda Jebat di laman sosial dan menjadi ‘viral’. Meraih 122,297 like dari pengikut laman tersebut, Aida Jebat telah tampil dan menafikan penglibatannya dalam politik maya. Secara keseluruhan setiap status yang dimuatnaik oleh penyamar Aida Jebat tidak berasas sama sekali. Aida Jebat tidak pernah mengkritik malah beliau merupakan antara penyokong kuat kerajaan.
Persoalan yang dilontar oleh akaun plagiat Aida Jebat telah dijawap dan ini menunjukkan penyamar merupakan seorang yang malas membaca tetapi hanya tahu mencipta soalan serta pandangan seperti orang sakit mental. Menurut sumber di percayai ada pihak yang menyusup dan menggunakan populariti artis tersebut untuk meracuni pemikiran masyarakat. Kemungkinan mereka adalah dari siber truper pakatan yang di upah untuk menghancurkan karier Aida.
Terdapat banyak status Klon Aida Jebat yang menuju ke arah kritikan terbuka terhadap Perdana Menteri dan agak menghairankan tiada tindakan dikenakan. Malah Aida sendiri tidak menyedari namanya telah digunakan untuk mencari populariti murahan. Mustahil seorang artis yang baru mencipta nama berani mengeluarkan kritikan tidak berasas kepada Kerajaan. Mungkin Klon Aida ada ‘Kabel’ dalaman yang menjadi parasit kepada Kerajaan dalam agensi melibatkan artis di TV.
Jika mengikut cara kritikan itu dilakukan oleh Klon Aida, tidak mustahil beliau ada ‘KABEL’ yang cukup kuat untuk berbuat demikian. “Kabel’ yang tidak berani bersuara menggunakan populariti dan dalam masa sama memburukkan nama Aida sebagai platform baginya kerana enggan periuk nasi terjejas jika penglibatannya di balik tabir terbongkar. Benarkah wujud’ memorandum persefahaman’ antara Klon Aida Jebat dengan individu yang bertanggungjawap memburukkan Kerajaan.
Siapa orang kuat Industri yang bertopeng dan menggunakan Aida Jebat sebagai suara untuk mengkritik PM? Persoalan ini telah terjawap bila Aida Jebat dengan penafiannya manakala Klon beliau masih bersembunyi. Tidak mustahil akan ada status terbaru yang merosakkan reputasi pelakon Cinta 200% akan diterbitkan untuk langkah mempertahankan diri dari dikenali. Wajar bagi Aida Jebat membuat sesuatu untuk menjaga kredibilti beliau yang telah dirosakkan. Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM) mungkin ada jawapannya jika Aida membuat laporan polis untuk membersihkan namanya. - SUMBER 
P/S : Penafian harus dibuat jika ingin membersihkan nama kerana dialam cyber yang mencabar ini orang boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka. Laporan Polis juga harus dibuat. Itu pandangan peribadi dari IBM, tiada kena mengena dengan orang yang hidup atau mati. - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.