Friday, January 8, 2016

PAKATAN SELANGOR, PAKATAN CACA-MERBA

JUMAAT, 08 JANUARI 2016
Perebutan Kerusi PBT Bukti Pentadbiran PKR Selangor Rapuh, Mudah diugut

AHLI Dewan Undangan Negeri (ANDUN) Permatang, Haji Sulaiman Haji Abdul Razak berkata, perebutan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah lambang terhadap pentadbiran Selangor di bawah Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang rapuh dan 'caca marba'. Jelasnya, disebabkan itulah maka kerajaan negeri Selangor dan kepimpinan Azmin boleh diugut dan dimanipulasikan oleh rakan sekutu mereka sendiri. “Lihatlah bagaimana parti Amanah yang muncul melalui serpihan parti Pas dan baru sahaja diwujudkan mampu untuk menuntut itu dan ini. Walaupun sudah diberikan lapan kerusi namun masih tidak berpuas hati. “Maka tidak mustahil selepas ini Amanah akan tuntut lebih daripada kerusi PBT. Disebabkan Azmin ibarat telur di hujung tanduk maka dia seakan terpaksa tunduk dengan desakan dan kehendak rakan politik dalam Pakatan Harapan. 
“Persoalannya kini, ke manakah Azmin hendak memandu pucuk pimpinan kerajaan negeri ini.. hala tujunya… samada tunduk terus kepada Pakatan Harapan Dap atau kekalkan Pakatan Pembangkang yang dahulunya mendapat mandat daripada rakyat semasa Pilihan Raya Umum yang lalu,” katanya kepada UMNO-Online. Tambah beliau, Kerajaan Negeri Selangor hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak stabil, rapuh dan menunggu masa untuk rebah malah rakyat negeri ini tidak boleh menggantungkan harapan kepada kerajaan negeri sedia ada. Katanya lagi ini jelas sebagai satu pengajaran kepada rakyat bila mana pengukuhan politik itu tidak betul-betul kuat sebagai satu penyatuan komponen maka inilah yang berlaku dan menjadi mangsa adalah rakyat negeri ini sendiri. “Jadi, pada saya ini satu suasana yang tidak bagus untuk kerajaan negeri Selangor khususnya untuk rakyat sendiri. 
“Malah sekaligus membuktikan bahawa Pakatan Harapan bukanlah pesaing Barisan Nasional (BN) yang mampu mentadbir dengan selesanya 14 parti komponen berbanding pembangkang yang baru mempunyai tiga gabungan tetapi sudah berterabur. “UMNO sebagai parti tunjang BN mampu membentuk dan mentadbir menerusi perkongsian kuasa. Walaupun mempunyai pelbagai masalah namun semuanya berjaya ditangani dalam suasana harmoni dan semangat BN,” katanya lagi.- SUMBER
P/S - Sebenarnya tiada keharmonian di Pakatan haram jadah Selangor ini. Memang ini berlaku, dulu, kini dan selamanya. Jadi, Azmin & the gengs janganlah nak tujuk lagak atau menabik dada bahawa negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan pentadbiran yang terbaik. Taik kucing depa!!. Wasallam dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU. 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...