Sunday, January 24, 2016

PEMBANGKANG TIDAK SEPAKAT MENENTANG TPPA. PEMBANGKANG TERKANGKANG!!

AHAD, 24 JANUARI 2016
PEMBANGKANG gagal. Pembangkang dilihat semakin bercelaru, tidak sepakat. Itu yang IBM nampak dengan jelas sekarang. Menjelang siding khas Parlimen mengenai Perkongsian Trans Pasifik Perdagangan (TPPA) Selasa ini, pembangkang masih belum sepakat menentangnya. Ambil kira demonstrasi membantah TPPA anjuran PAS di ibu negara pada Sabtu, PKR, DAPigs dan AMANAH tidak menunjukkan minat turut serta, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa sama menuduh DAP menyokong perjanjian TPPA kerana kaum Cina bakal menguasainya. Hadi menerusi  klip video yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook PAS mendakwa, TPPA tidak akan memberi kelebihan kepada kaum Melayu. “Sebab itu DAP setuju, saya sebut DAP lah senang, mereka setuju semua setuju pun tak apa sebab orang Cina menguasai perdagangan di Malaysia, orang Bumiputera yang letihnya dengan TPPA, kita kena faham,” katanya memetik daripada video tersebut. 
Setakat ini, DAPigs sebelum ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendirian rasmi mereka mengenai TPPA. Walaupun PKR dan AMANAH lantang menolak perjanjian itu, namun tanpa pembabitan mereka dengan demonstrasi anjuran PAS membuktikan pembangkang tidak sepakat dalam isu TPPA. Malah bilangan mereka yang hadir bengkel TPPA kepada ahli parlimen dan Senator minggu lalu kurang penyertaan ahli-ahli parlimen blok pembangkang. Memang itu hal mereka mahu hadir atau tidak, namun adalah sesuatu mengecewakan kerana forum dan bengkel anjuran kerajaan  itu sarat dengan maklumat mengenai pro dan kontra perjanjian tersebut. Macam mereka mereka mahu berhujah di sidang khas nanti tanpa maklumat yang tepat melainkan blog pembangkang sengaja membangkitkan isu-isu yang remeh temeh dan tidak ada kaitan semata-mata bagi memenuhi tugas mereka sebagai pembangkang sahaja.
Kesimpulannya, Pembangkang dan blogger-blogger mereka gagal menjalankan tugas mereka dengan baik untuk 'membutakan' mata rakyat menentang TPPA kerana mereka sendiri adalah dari golongan yang bodoh, banggang, tidak memahami tujuan kerajaan menandangi perjanjian TPPA dan kebaikan yang kita perolehi nanti. Kesian pembangkang kerana kesepakatan diantara mereka tak pernah ujud sebenarnya. Hancusss pembangkang! Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATI.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...