Monday, January 11, 2016

PANDAI BETUL PAS 'BERSANDIWARA'....INGATKAN 'WARAK' SANGAT!!

ISNIN, 11 JANUARI 2016
PAS Bersandiwara Dengan Surat Arahan Jangan Bercampur Dengan PAN Dan DAPigs


PAS mengeluarkan arahan melarang semua ahlinya daripada menyertai mana-mana program Parti Amanah Negara (PAN). Perintah itu dikeluarkan kurang dari dua minggu selepas bekas naib presiden parti berkenaan, Datuk Husam Musa, menghadiri dan beucap – dalam program Makan Malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya pada 1 Januari lalu. Menurut surat bertarikh 8 Januari yang dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan, jika ahli parti masih mahu menyertai program AMANAH atau DAP, mereka mestilah mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pusat PAS.
Arahan berkenaan ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah. “Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti AMANAH dan DAP di semua peringkat. “Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat PAS sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari AMANAH dan DAP),” pekeliling itu dipetik.
Persoalan juga timbul, kenapa tidak ada nama UMNO atau PKR? Adakah PAS masih bersandiwara demi survival politik mereka? Mampukah PAS pertahankan kedudukan mereka di Selangor dan kuasa di Kelantan? Nampaknya, bersandiwara sudah menjadi satu 'trend' atau modal untuk PAS meneruskan 'survival' politik mereka. Selamat maju jaya PAS!
Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...