Monday, January 11, 2016

KESIAN SI HAMIDAH NI!! SETELAH DITENDANG UMNO, KINI 'MENYEMBAH KAKI' PAS UNTUK SERANG UMNO...

ISNIN, 11 JANUARI 2016
Hamidah Setuju Bergabung Dengan PAS Serang UMNO

Bekas ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Othman bakal berkongsi pentas bersama Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam satu wacana perdana bertajuk ‘Selamatkan Malaysia’ pada 17 Januari ini. Hamidah berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berada sepentas bersama pemimpin PAS memandangkan beliau kini tidak memiliki parti dan bergerak bebas. “Isu saya di pentas mana pun tidak ada masalah sebab saya tidak di parti mana-mana,” katanya yang dilihat sudah boleh menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi ahli UMNO. Bayangkan beliau seperti gila talaq apabila didapati berlegar di PWTC ketika Persidangan Agong UMNO baru-baru ini.
Menurut Hamidah, wacana kononnya anjuran pelbagai NGO itu bertujuan untuk mengupas pelbagai isu semasa yang melanda negara pada hari ini. Ia katanya akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh bermula jam 9 malam dan turut terbuka kepada orang ramai. “Mungkin pada sesi soal jawab, kita akan buka soal jawab dan kita kongsikan bersama sebab kita nak dengar pandangan rakyat di bawah. Hamidah tidak sedar betapa ketika beliau menjadi Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia pelbagai maklumat beliau boleh perolehi sebelum Ketua Penerangan Wanita Bahagian UMNO dapat atau ahli biasa memperolehinya. Beliau adalah Exco Wanita UMNO Malaysia dan kedudukannya begitu rapat dengan Ketuanya Shahrizat. 
Kenapa tiba-tiba sahaja beliau dilihat bercelaru dengan isu negara? Apakah wujud kaitan kerana jawatan beliau diganti ketika itu? Tidakkah beliau bakal ditertawakan oleh hadirin yang hadir kerana baru ‘teringat’ untuk berjuang kononnya bersama rakyat dan selama ini beliau berjuang untuk siapa? Kayakan adik beradiknya? Inilah politik 'cari makan' namanya. Bukan ikhlas berjuang, bukan ingin membantu rakyat, tapi....membuncitkan perut sendiri dan ahli keluarga & kroni-kroninya. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...