RATA-RATA dalam semua kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan DAPigs dalam semua jawatan memainkan isu yang mengatakan UMNO adalah sebuah parti yang berfahaman perkauman dan mengamalkan politik yang sempit. Kenyataan yang dikeluarkan oleh kebanyakan kepimpinan DAP ini semuanya bersifat propaganda yang mana untuk menutup isu yang sebenarnya diamalkan oleh parti tersebut. Politik perkauman dalam istilah sebenarnya ialah mendominasikan satu satu kaum dalam apa juga bidang termasuk politik. Dalam hal ini UMNO dengan gabungannya iaitu barisan Nasional adalah sebuah parti yang dianggotai kepelbagaian kaum didalamnya. Adakah ini perkauman jika dibandingkan dengan DAP yang mana menubuhkan pakatan harapan akan tetapi masih menjalankan prinsip kepartian dengan cara berlandaskan hal masing masing.
Jika dikatakan DAP bukan sebuah parti yang perkauman , kita boleh melihat bagaimana pembohongan dan penipuan berlaku dalam dalam CEC yang mana melihat individu yang kalah boleh menolak kemenangan jika ianya dimenangi oleh kaum lain. Ini amat jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat perkauman jika dibandingkan dengan prinsip yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Barisan Nasional dalam apa juga pemilihan dan juga perebutan jawatan diperingkat tertinggi menerima keputusan dan melantik sesiapa yang dipilih melalui sistem demokrasi yang diamalkan secara telus. Teluskah DAP dalam CEC? Jangan kerana kebencian yang meluap-luap kepada orang Melayu, semua yang dilakukan walaupun pada hakikatnya benar semuanya ditidakan kebenarannya. ‘DAP agaknya tidak pernah melakukan sikap perkauman sehingga lenyapnya 26 buah kampung di Pualu Pinang yang mana rata rata adalah orang Melayu, Kenapa ianya tidak dilakukan terhadap perkampungan haram orang Cina dan peniaga Cina yang melanggar undang undang .
Terus terang dinyatakan bahawa DAP hanya tidak perkauman diatas kertas dan ucapan sahaja, akan tetapi DAP adalah sebuah parti yang mengamal sikap rasis yang amat kejam dan tindakan mereka tidak pernah dibuat oleh mana mana pemimpin Barisan Nasional. Sakit hati dan terasa tercabar bila melihat PAS-UMNO yang semakin menjadi akrab sejak mutakhir ini, Tiada cara lain DAP ialah dengan menabur fitnah dimana mengatakan PAS telah menerima sebahagian dari wang dari UMNO , ditambah dengan serangan fitnah mereka terhadap 1MDB yang mana syarikat ini dimanopoli oleh orang Melayu di kawasan strategik yang kini mereka tidak dapat menguasainya. Anti-Islam dan anti-Melayu, adalah sikap yang memberi kesan terhadap orang Melayu dimana telah menunjukkan sikap yang sebenarnya terhadap Agama Islam dan Melayu. Mana tidaknya kumpulan sokongan yang bergerak diatas platform NGO iaitu G25 telah menyuarakan satu cadangan yang tidak masuk akal dimana halal haram dalam agama Islam telah diperkotakkatikkan.
Diwaktu ini dimanakah Amanah yang dikatakan berjuang untuk Islam dalam politik? Amanah hanya mampu melihat tanpa sepatah kata berhubung dengan isu halal haram Agama Islam diperjudikan oleh G25. Kenapakah Amanah tidak pernah bersuara? DAP sekarang dikatakan memfokuskan untuk mengangkat isu sebenar yang membelenggu rakyat dalam beberapa siri program yang dibuat seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Impian Malaysia diwujudkan adalah untuk memancing dan memperngaruhi mana mana kampung untuk mereka lihat kebaikan “membela rakyat” yang dilakukan. Semua ini adalah sekadar untuk memancing undi, dan sebagaimana biasa DAP akan terus menuntut bayaran pembalasan dari segala usaha yang mereka lakukan terhadao program Impian Malaysia jika sekiranya mereka menang dikawasan itu. Kita telah melihat bagaimana “imbuhan yang dituntut” oleh DAP di Pulau Pinang iaitu sebahagian besar telah kehilangan segalanya.
Sumbangan RM100 kepada warga tua, Tahfiz dan berbagai lagi telah menjurus kepada “pembayaran balas budi” yang sebelum ini dilakukan oleh DAP. Rakyat tidak boleh dibiarkan terus hanyut dengan permainan dan propaganda DAP yang terus mengusung agenda perkauman sempit. Sikap perkauman dan kepura puraa DAP ini semestinya disedari oleh semua pihak termasuk orang Melayu khasnya. “Kita Letakkan Melayu dibawah tapak kaki kita” ungkapan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin mereka- Apakah ini sedang menunjukkan bahawa ini adalah perbuatan tidak menindas? Berpijaklah dibumi yang nyata, politik hanya bersifat sementara, manakala kehancuran satu satu bangsa itu tidak dapat mengembalikan apa yang akan hilang nanti. Oleh yang demikian kita tidak boleh terus menerus mengikut rentak tari yang dimainkan DAP. DAP dan Amanah tidak akan berhenti dari kerangka perkauman dan akan terus menerus melakukan propaganda memburukkan UMNO dan Barisan Nasional.
Berhubung dengan kerjasama UMNO-PAS telah memberi isyarat betapa DAP gagal membawa soal perpaduan dalam kelompok mereka sendiri. Sikap kuku besi dan dictator yang diamalkan oleh pemimpin DAP telah menjurus kepada penubuhan Amanah sebagai ganti kepada PAS. Ketempangan polisi DAP dalam urus tadbir sosial ekonomi dan amalan rasuah yang membarah sehingga banyak wang rakyat dibazirkan sehingga penjualan tanah tanah kepada krooni di Singapura tanpa ada tentangan pun dari Amanah. Amalan pembaziran projek yang tidak manafaat telah diangakat sebagai projek rakyat tetapi DAP terus memanipulasikan hak hak rakyat dalam pemilikan rumah terutama rumah mesra rakyat yang digagalkan dan tidak pernah diluluskan oleh pemerintah DAP Bukan kah ini satu penindasan yang nyata?
Kenapa Amanah yang hanya Amanah pada isu kepentingan saja tidak mahu bersuara dalam hal ini. Pada satu kidah yang lain pula saorang ADUN terpaksa merayu, menanggis untuk mendapatkan bajet untuk kawasannya. Puncanya adalah kerana ADUN tersebut adalah Melayu. Tetapi bagaimana jika sebangsa dengan DAP. Sudah pasti kita tahu jawapannya. Oleh yang demikian, rakyat harus bangun dan membuka lembaran baru, mencipta gelombang rakyat yang sebenar dengan keluar dari agenda perkauman sempit ciptaan DAP dan Amanah. Seterusnya mengangkat isu sebenar yang menghimpit rakyat di Pulau Pinang seperti isu ekonomi, polisi pengagihan hak rakyat dan menentang sikap rasis yang teah menjadi amalan DAP sejak berkurun lamnya.
Kita sedar, jika sebahagian dari kita orang Melayu terus menari mengikut rentak tari DAP, ia tidak lebih dari sekadar mengukuhkan lagi kekuatan mereka. Seharusnya kita terus melakukan kesedaran minda agar Melayu tidak terus menjadi mangsa penindasan dan kezaliman DAP yang hanya berjuang untuk satu bangsa sahaja. UMNO/ Barisan Nasional konsisten mengambil langkah mendidik rakyat dan tidak akan sekali-kali merendahkan maruah serta kebijaksanaan yang dimiliki rakyat. Kita amat yakin rakyat tidak bodoh dan tidak akan terus kekal diperbodohkan oleh DAP yang terus menerus memerangkap mereka dengan agenda sempit perkauman.penindasan dan kezaliman mereka terhadap bangsa lain.
Jika UMNO dan Barisan Nasional dapat kekal atas landasan ini, mendidik dan memberikan penerangan secara lebih agresif, proaktif dan konsisten kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu, saya yakin perubahan politik di Pulau Pinang akan berubah jika tidak banyak sedikit pun sudah dapat memberikan impak kepada politik tanah air..Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal berlaku lebih kurang dua tahun dari sekarang. Saya optimis, jangka masa itu lebih daripada cukup untuk UMNO dan Barisan Nasional berbuat sesuatu bagi membela rakyat dalam apa juga program , pembelaan dan perkongsian hasil negara dalam kepebagaian bentuk.
Saya tegaskan, DAP terus menakut-nakutkan masyarakat Malaysia dengan api perkauman sempit sedangkan skandal “tersilap kira” RM2 Biliion, DEIG, Kehilangan RM7.68 Billion, Penjualan tanah tanpa wang, cukai zalim, Penindasan dan pengusiran 26 buah kampung Melayu, skandal Pintu Gerbang RM9.8 juta dan RM30 billion sebagainya bukti jelas Pakatan yang selama ini telah mengkhianati amanah dan merompak wang rakyat, dengan berselindung di sebalik slogan membela Melayu! - SUMBER. Wasalam dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
mana mungkin keldai melawan tuan tanah kedaun. mau kena kerat leher nanti. keldai buat kerja keldai....
ReplyDeleteibm-usin,
DeleteSalam.
Elok le tu. Keldai mcm PAS ni memang senang di perkaldaikan...tapi, masih ada hati hati nk bersama. Tolak usul UMNO utk bersama dan bergabung....ulama apa namanya?? Ulama taikkk kucing!!....