Friday, January 8, 2016

KECELUPARAN MULUT GUAN ENG AKAN MEMBAWA PADAH

JUMAAT, 08 JANUARI 2016
PRU-14, Dinasti Lim Akan Dihumban Keluar Dari Pulau Pinang


Amat mengejutkan apabila sebuah akhbar Cina melaporkan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Chew Jetty, yang membantah cadangan kerajaan negeri untuk menganjurkan Festival Kesenian & Kebudayaan di kawasan terbabit. Menurut laporan akhbar terbabit, Guan Eng telah melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Chew Jetty dengan mengatakan penduduk disitu tidak mempunyai hak untuk membantah festival terbabit diadakan kerana tanah di kawasan itu bukan milik bapa diorang!Sememangnya biadap apabila Guan Eng melemparkan kata-kata begitu kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Walaupun kawasan yang mahu diadakan festival anjuran kerajaan negeri itu bukan milik penduduk malah bukan milik bapa mereka, Guan Eng tidak mempunyai hak melemparkan kata-kata itu! Lagipun, Pulau Pinang bukan milik dinasti ‘LIM” untuk Guan Eng bebas melakukan apa sahaja yang diingini tanpa mengambil peduli aduan rakyat!!
Penduduk Chew Jetty membantah festival itu diadakan dikawasan mereka, kerana meraka tidak mahu kediaman mereka terganggu dengan festival itu dan perkara ini perlu dihormati. Guan Eng selaku Ketua Menteri tidak sepatutnya menghamburkan kata-kata yang kurang ajar terhadap penduduk. Guan Eng selaku pemimpin nombor 1 negeri itu, perlu mencari alternatif lain untuk mengadakan festival terbabit, dengan mencari kawasan yang tidak mengganggu mana-mana ketenteraman penduduk di negeri itu. Hairan juga apabila Guan Eng tetap berkeras mahu menjalankan festival itu di Kampung Chew Jetty. Salahkah jika festival itu diadakan di Padang Kota Lama mahupun di Queensbay, yang sering dijadikan tempat untuk melakukan sebarang aktivit besar dan festival? Rasanya, Guan Eng sengaja mahu mencari pasal dengan penduduk Chew Jetty dan Andy tidak menolak, kemungkinan Guan Eng mempunyai niat untuk menghalau penduduk di kawasan terbabit yang dikatakan strategik untuk dibangunkan.
Tapi...adakah Guan Eng tahu akan resiko yang akan beliau hadapi nanti pada PRU ke-14 nanti diatas tindak-tanduk beliau yang begitu rakus? dan..adakah dia merasakan bahawa beliau dan Dinasti Lim akan selamat untuk terus memerintah Pulau Pinang? Itu, kita biarkan rakyat Pulau Pinang menentukannya, kerana kuasa ada ditangan mereka. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU. 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...