Monday, January 4, 2016

AZMIN DITUDUH PEMBOHONG.....MEMANG PEMBOHONG PUN!!

ISNIN, 04 JANUARI 2016
BAGI si Azmin, apa orang nak kata, gelar, dia tak kisah dah. Yang penting dia sudah menjadi seorang 'Menteri Besar' seperti yang diimpikannya selama ini. Persetankan apa orang lain nak kata. Terutama dari musuh-musuh politiknya yang satu ketika dahulu memang rapat dan satu perjuangan. Dakwaan  kerajaan Selangor berbohong mengenai tender pembalakan di dua bidang tanah melibatkan projek jajaran talian elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Chubadak dan Mahkota Cheras di Kuala Lumpur oleh Aktivis Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa mempunyai surat berstatus rahsia yang membuktikan dua syarikat dianugerahkan kontrak membalak secara rundingan terus dan bukan tender terbuka, tidak menjadi kudis bagi Azmin.

Menurut Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard bahawa Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila dia menyatakan syarikat yang memperoleh kawasan balak itu mendapatkannya melalui tender terbuka,” kata pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu. Beliau yang juga bekas pemimpin pusat PKR bagaimanapun berkata tidak boleh mendedahkan surat itu yang dilabel rahsia. Badrul (gambar) mencabar Azmin mengklasifikasikan semula dokumen itu sebagai dokumen awam bagi membolehkan isi kandungannya didedah kepada awam. Maka, dengan itu beliau mencabar (Azmin) supaya  menarik balik tender terbuka tersebut, dan kena minta maaf bukan kepada beliau tetapi kepada orang awam yang si Azmin dah tipu,” katanya. Azmin sebelum ini dilapor menegaskan semua projek pembalakan di negeri dibuat secara tender terbuka sejak tahun 2008 oleh Jabatan Perhutanan Negeri. 

Menurutnya, Menteri Besar tidak pernah terlibat dalam proses tersebut dan pihaknya tidak turut serta dalam jawatankuasa tender berkenaan. Apapun, tender telah di beri. Persoalaanya, mahukah si Azmin yang kini sudah lebih tinggi darjatnya dari Chegubard tunduk dengan desakan tersebut??. Dalam Pakatan haram jadah ni macam-macam boleh berlaku. Kita tunggu dan lihat samada dedahan Chegubard ini akan sampai ke matlamatnya. Apa matlamat Chegubard?...dia sahaja yang tahu. Wasallam. Dari - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...