Saturday, January 30, 2016

CERMIN DIRI TU DULU SEBELUM KRITIK TPPA, KATA AMK PKR KEPADA AZMIN ALI..MEMANG MUKA TAK MALU!

SABTU, 30 JANUARI 2016

DIA ingat dia bijak, pandai. Nak kutuk pun tenguk-tenguk tempat le dulu beb. Akhirnya orang dia sendiri tempelak dan kutuk kaw-kaw. Padan muka si Azmin tu. Gara-gara tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkritik kelulusan Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), belia dapat malu besar apabila ditempelak oleh ahli parti itu sendiri, malah cara dan amalan pentadbiran Azmin sendiri sebagai Menteri Besar Selangor pula yang dipertikaikan. Kritikan Azmin di Facebook beliau dibalas oleh Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Bukit Gantang, Faisal Zainal yang sebaliknya menyuruh Azmin mencermin mukanya dahulu sebelum mengkritik penyertaan kerajaan dalam TPPA. 
Ini kerana menurut Faisal, Azmin sendiri dianggap sebagai pemimpin yang lemah kerana gagal menangani beberapa isu di Selangor antaranya seperti kos menambahbaik pintu gerbang Kota Darul Ehsan. Nak cakap isu besar TPPA, 'cermin' dulu wahai Azmin Ali, lantikan majlis pun tak selesai dengan aman, ibarat rumah siap pahat berbunyi, tak perlu pusing cerita lah, laksanakan pilihanraya tempatan di Selangor,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook, Jumaat. Sebelum ini, kenyataan Azmin yang dimuatnaik jam 10.12 pagi semalam dan mendapat like sebanyak 384 menyebut bahawa apabila kepimpinan negara lemah, kepentingan rakyat dan negara turut akan tergadai. 
Tambah Azmin, ia jelas disaksikan apabila TPPA ditandatangani dalam keadaan yang tergesa-gesa sekaligus mendakwa Putrajaya telah mengorbankan kedaulatan rakyat bagi menjaga kepentingan geo-strategik Amerika. Dalam pada itu, Faisal turut membidas kenyataan Azmin berkenaan kepimpinan politik yang memerlukan political will. Kepimpinan perlu political will? Kamu buat lawak apa Azmin? Isu pembaziran cat pintu gerbang Selangor RM9.8 juta. Kamu dah jawab? Akhirnya guna nama istana kata itu duit derma. “Adakah ini yang dinamakan kepimpinan political will?” soalnya lagi. Huhuhu....malu..malu beso si Azmin. Inilah akibatnya bila orang seperti Azmin yang memang tidak layak menjadi Menteri Besar, tetiba dilantik.
 Ada yang mengatakan si Azmin ini Menteri Besar 'instant'. Mengikut kata-kata diluar sana, termasuk juga sebahagian ahli-ahli PKR sendiri mengatakan Selangor akan 'Bankrap' dibawah kepimpinan Azmin. Apa betul kata-kata mereka? Sama-sama kita tunggu kerana sedikit sebanyak kita sudah nampak si Azmin sudah mula 'menunjukkan belang'nya. Dah banyak duit rakyat Selangor diperhabiskan juga isu-isu yang belum diselesaikan yang melibatkan duit rakyat. Tempiasnya?.....Kita tunggu di PRU ke-14 nanti. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU#KEKALNAJIB.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...