Saturday, January 30, 2016

DAPIGS BERMIMPI DISIANG HARI. KONONNYA BERJAYA WUJUDKAN PERSEPSI ;NEGATIF' TERHADAP KERAJAAN PUSAT...PUIII!

SABTU, 30 JANUARI 2016

DAKWAAN DAPigs melalui Pemudanya yang mengesahkan pembangkang telah berjaya dalam misinya untuk mewujudkan persepsi negatif orang ramai ke atas kerajaan. Setiausaha Pemuda DAP, Bryan Lew dianggap seperti 'bermimpi' disiang hari dan 'masuk bakul angkat sendiri'. Kata Pemuda DAPigs itu, kini adalah masa untuk pembangkang mengambil alih pemerintahan negara berdasarkan persepsi rakyat ke atas Barisan Nasional (BN) tersebut. Sekarang kamu perlu melihat sentimen rakyat. Jika BN tidak tahu untuk menguruskan negara maka biar kami (Pembangkang) mengambil alih dan menguruskan Malaysia dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Bryan memberi contoh sentimen paling baharu orang ramai yang marah kerana kerajaan mengurangkan kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus. Beliau mendakwa, kerajaan telah merompak simpanan hari tua golongan pekerja dengan mengurangkan potong KWSP mereka setiap bulan. Tuduhan itu bagaimanapun tidak berasas kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin menjelaskan pengurangan potongan KWSP itu untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan pekerja. IBM dah tahu segala dakwaan Bryan itu juga menunjukkan sikap tidak jujur pemimpin pembangkang yang sebelum ini membantah keras cadangan KWSP menghadkan usia maksimum pengeluaran simpanan KWSP 60 tahun. 
Pembangkang waktu itu mendakwa pencarum KWSP perlu dibenarkan mengeluarkan wang simpanan mereka lebih awal kerana mereka memerlukan duit. Kesimpulannya, pembangkang, terutamanya DAPigs sudah kehilangan dan ketandusan modal untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus kukuh dan diminati ramai, iaitu rakyat. Jom tolak Pembangkang, terutamanya DAPigs pada PRU ke-14 nanti. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU #KEKALNAJIB
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...