Tuesday, December 9, 2014

AKTIVIS ALI 'SETAN' BANGGA KONONNYA DAPAT MILIKI KAD SUAKA POLITIK DI SWEDEN

SELASA, 09 DIS 2014
SEJAUH mana kebenarannya, kita tunggu dan lihat apabila aktivis yang pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada Isnin, Ali Abdul Jalil, mendakwa dia telah memiliki kad suaka politik daripada kerajaan Sweden. Maka, memang tepatlah tindakkan oleh Jabatan Imigresen menarik balik pasport antarabangsanya. Terbaru, dalam posting  di akaun Facebook miliknya semalam, Isnin, Ali berkata, sebagai pemohon suaka politik beliau dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Peraturan Dublin. Beliau kini pemegang kad suaka politik, di bawah undang-undang PBB dan Peraturan Dublin. Beliau tidak lagi berada di bawah undang-undang Umno dan sistem Raja berpelembagaan. Ini bukan Malaysia, katanya. Bagus le tu Ali. Kita nak tengok nanti sejauh mana si Ali 'setan' ini boleh hidup di Sweden yang dikatakan lebih cucuk dari segi kehidupan yang beliau cari dan mahukan. Apakah di Sweden beliau boleh bersuara mengkritik kerajaan barunya itu kerana beliau tidak dapat berbuat demekian di negaranya sendiri. 

Seperti yang kita tahu, pada 8 September lalu, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem Raja berpelembagaan. Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama. Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu. Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia. Selain Ali, Jabatan Imigresen pada Isnin telah membatalkan pasport milik penulis blog seks kontroversi, Alvin Tan. Apapun, selamat berhijrah Ali dan Alvin Tan. Jangan cuba ingin kembali ke negara ini. 

Korang berdua boleh 'berambus' kerana negara ini tidak memerlukan rakyat seperti korang berdua. Kalau betul Ali mendapat suaka politik di Sweden, bermakna beliau (Ali) bukanlah di anggap sebagai PATI oleh kerajaan Sweden, tapi, bagaimana dengan si Alvin sial tu pulak? Amerika Syarikat beri suaka politik juga ke? Ingat, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tapi, yang lebih baik negara sendiri juga. Malangnya kedua-dua ekor beruk makyeh tu tak sedar diri. Nasib koranglah, itu yang korang mahu. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...