Wednesday, December 17, 2014

SAMSENG TAK BERTEMPAT

RABU, 17 DIS 2014
MEMALUKAN negara dan sukan bola sepak. Inilah yang dinamakan 'samseng' tak bertempat. Akhirnya apa yang korang dapat? Jawap le di Mahkamah nanti. Hari ini diberitakan lima daripada sembilan suspek yang direman kerana disyaki terlibat dalam kekecohan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah di sini hari ini, kelima-lima lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah. Difahamkan, tiga lagi suspek dibebaskan tanpa syarat manakala seorang dibebaskan dengan jaminan polis. Kesemua mereka yang berusia antara 19 dan 29 tahun sebelum ini ditahan reman sejak Jumaat lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan. 

Seperti yang kita semua tahu, pada 9 Disember lalu, pihak polis menyebarkan 15 gambar individu yang dikehendaki untuk tampil memberi keterangan bagi membantu pihaknya mengesan suspek-suspek yang mengasari atau memukul penyokong pasukan Vietnam selepas perlawanan bola sepak tersebut. Berikutan itu, lima individu telah tampil ke balai polis dengan empat daripadanya berbuat demikian di sekitar Lembah Klang manakala seorang lagi di Johor, diikuti dengan dua lagi individu pada 11 Disember lalu. 

Harap ini akan menjadi tauladan kepada semua peminat bola sepak air supaya tidak bertindak sedemekian rupa dan menjadi samseng bola sepak. Kenapa kita begitu agresif, terlalu emosi apabila pasukan kesayangan kita kalah? bukankah dalam sukan, ada kalah dan menang? Jadi, kenapa bertindak begitu melulu hingga mencederakan pelawat? Fikir-fikirkan demi untuk menjaga maruah, nama negara dan sukan bola sepak yang kita minati. Katakan 'Tidak Kepada Samseng Bola Sepak'. Kepada yang lima tu, pandai-pandai le korang jawab samada mengaku bersalah atau sebaliknya. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...