Tuesday, December 23, 2014

DEMI UNTUK SELAMATKAN DIRI & ANAK KECIL, IBU MENGANDUNG TERPAKSA REDAH ARUS DERAS...ALHAMDULILLAH, SELAMAT!

SELASA, 23 DIS 2014
BAYANGKAN ketika air banjir  begitu deras mengalir (seperti gambar diatas), seorang wanita sarat yang sedang sarat mengandung nekad meredah air banjir bersama anaknya selepas rumahnya di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan dinaiki air pada Khamis lepas. Menceritakan kembali detik-detik cemas, wanita yang bernama Norasmawati Wahab, 27, berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengharung banjir paras paha untuk ke kawasan yang lebih selamat sambil mendukung anaknya Mohd Danish Ashraf Mizi yang berusia dua tahun. Tidak lama selepas itu, beliau dan anaknya dapat menumpang sebuah perahu orang awam yang kebetulan lalu di situ sehingga ke jalan raya. Dari situ beliau terus meredah air di jalan raya kira-kira satu kilometer sambil mendukung anaknya, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di Pasir Mas semalam. 

Norasmawati berkata semasa kejadian suaminya Mizi Abdul Rahman, 32, bekerja di luar Kelantan dan tidak dapat pulang. Memang ini pengalaman paling menakutkan. Beliau takut apa-apa terjadi kepada kandungan beliau kerana beliau memang dah sarat masa itu, dan ada satu ketika kaki beliau kejang. Alhamdulilah, akhirnya beliau selamat... ketika Norasmawati tiba di pusat pemindahan SK Rantau Panjang 2, anggota bomba kemudian memindahkan beliau ke SK Gual Tinggi untuk mendapat rawatan, katanya. Selepas empat hari berada di pusat pemindahan, Norasmawati melahirkan anak keduanya - bayi lelaki seberat 3.3kg pada pukul 11 malam semalam (21 Disember), di Hospital Lati di Pasir Mas.    Beliau, yang menyifatkan banjir kali ini paling buruk, berterima kasih dengan orang-orang yang banyak membantunya. Norasmawati kini berpantang di Pusat Pemindahan SK Gual Tinggi.  

Kalau nak difikirkan, memang bahaya tindakan yang diambil oleh Norasmawati itu, apatah lagi bersama dengan anak kecil dan tengah sarat mengandung pulak tu. Kalau iapun, tunggulah dahulu pasukan penyelamat tiba. Apapun, beliau selamat, alhamdulillah. Diberitakan juga bahawa banjir kali ini agak 'luar biasa' sikit, tidak seperti di musim yang lepas. Air akan naik begitu cepat sehingga mencecah 20 meter. Memang tak sempat nak selamatkan barang-barang dan dokumen-dokumen yang penting-penting. Walau bagaimanapun, berhati-hati, ikut arahan dari yang berwajib, pindah sekiranya di minta berbuat demekian. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...