Tuesday, December 30, 2014

ANWAR AL-JUB UMPAMA 'LEBIH SUDU DARI KUAH'....

SELASA, 30 DIS 2014
INILAH realiti ahli politik yang sebenarnya. IBM dah meluat tengok perangai si Anwar al-jub ni. Ianya jelas umpama 'lebih sudu dari kuah'. Apa dia ingat pandai sangat ke? Pandai-pandai nak mengarahkan orang buat itu dan ini. Kau tu sebagai pembangkang dok diam-diam sudahlah. Ini tidak. Oleh kerana dia tu sebagai Ketua Pembangkang, si Anwar al-jub ni menggesa semua pihak bertindak dalam satu pasukan dan menyokong langkah kerajaan membantu lebih 200,000 mangsa banjir di lima negeri yang terjejas. Itu IBM anggap sebagai satu perangkap kepada kerajaan (Anwar) menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini. (Anwar) menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal, katanya. Beliau juga mengusulkan supaya kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang musnah akibat banjir besar ini. 

Jadi, apabila IBM kaji semula dan congak akan apa yang Anwar katakan itu, ianya seolah-olah menunjukkan dia dah jadi orang baik, dan kadang-kadang IBM terfikir juga, dah kehabisan modal ke si al-jub ni? Kan apa, IBM rasa ada yang tak kena pada si Nuar ni. Oleh itu, janganlah kita ambik kisah sangat tentang nasihat si Anwar tu. Kita sebagai kerajaan lebih tahu dan prihatin serta tahu bagaimana nak menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjr. Kerajaan sudah membuat yang terbaik. PM dan Menteri-Menteri yang lain sudah turun padang dan meninjau sendiri juga mendengar rintihan-rintihan dari mereka-mereka yang terlibat dengan musibah banjir ini. Kepada Anwar al-jub, janganlah cuba-cuba nak tunjuk pandai. Yang pentingnya, kawasan DUN Kajang yang juga terlibat dengan banjir, sudahkah isteri kamu sebagai seorang wakil rakyat di kawasan tersebut turun padang dan hulurkan bantuan? Bagi IBM, si al-jub dan isterinya, Wan Azizah@nenek kipas, sama sahaja, dua kali lima, lima kali dua.  Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...