Wednesday, December 24, 2014

ANAK MENDIANG KARPAL SINGH MAHU PAS DISINGKIR DARI PAKATAN, SEGERA KALAU BOLEH!!

RABU, 24 DIS 2014

KERETAKAN di dalam Pakatan haram sukar ditampal. Ianya sudah jelas tiga rangkaian parti yang bergabung, iaitu DAP, PKR & PAS menamakan gabungan mereka 'Pakatan Rakyat' sudah tidak sehaluan lagi. PAS kini menjadi sasaran dan berkemungkinan akan di singkirkan dari Pakatan. Dulu, semasa hidupnya, bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS. Dan sekarang giliran Gobind Singh Deo (gambar bawah) pula serta memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini. Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama. Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013. 

Jika Pakatan mahu kekal sebagai kuasa yang disegani, yang boleh dipercayai dan dihormati rakyat, kita mesti tunjukkan iltizam untuk mempertahankan kerangka dasar bersama, katanya. Ini, kata anggota parlimen Puchong itu, termasuk memutuskan hubungan dengan parti dalam gabungan pembangkang yang mengancam semangat Pakatan dengan bertindak menyalahi kesepakatan bersama. Kita harus tegas dan tunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh dan tidak harus dipandang mudah, katanya. Beliau mengulas wawancara didalam sebuah portal pro pembangkang dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, hudud lebih penting berbanding menawan Putrajaya.Maka, kesimpulannya, memang tidak dinafikan bahaw 'KERETAKAN' di dalam Pakatan begitu serius sekali, bila-ila masa akan meletup. 


Apabila meletup, maka hancurlah segala harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya seperti yang mereka idam-idamkan sekian lama. Tapi, tidakkah mereka (pembangkang) merasakan itu hanyalah mimpi, mimpi yang tidak akan kesampian?. Apapun, lantak pi la depa. Biarlah mereka 'bercakaran'  sesama sendiri. Kita (BN) hanya perlu bersiap-siaga dan rapatkan barisan, serta selalu turun padang bagi mendampingi rakyat jelata. Insyallah, kita akan diterima rakyat. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...