Tuesday, December 30, 2014

DOA PAS MELARAT KE PULAU PINANG. KINI, DI BALIK PULAU PULA DILANDA MUSIBAH, RIBUT & ANGIN KENCANG...

SELASA, 30 DIS 2014
NAMPAKNYA 'musibah' menimpa-nimpa negara kita. Belum lagi reda keadaan banjir yang melanda di beberapa negeri, musibah datang lagi. Kali ini di negeri kesayangan dan kebanggaan DAPigs & Pakatan haram. Diberitakan sekurang-kurangnya 10 buah rumah di sini hampir musnah setelah dilanda 'ribut dan angin kencang', semalam, hari Isnin. Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah di sini termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang.  Beliau berkata angin kencang yang berlaku lebih kurang 8.30 malam mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang jalan. Beliau telah turun ke Jalan Sungai Pinang untuk membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 45 minit untuk memotong pokok besar bagi membuka balik jalan kepada orang ramai, katanya. 

Sementara itu, menurut seorang jurucakap polis, terdapat lebih sembilan kejadian pokok tumbang di kawasan Balik Pulau dan satu kejadian kabel elektrik terputus dilaporkan. Katanya seorang pemandu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas keretanya dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tun Sardon. Beliau berkata kecederaan lelaki masih belum dapat dipastikan tetapi keretanya rosak teruk. Antara lokasi kejadian pokok tumbang termasuk Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras, Lintang Pokok Upeh dan Jalan Sungai Pinang, katanya. Nampaknya, teruk juga keadaan di Balik Pulau tu ye. Mana Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin-pemimpin Pakatan ketika ini? Tak turun padang ke atau ada yang masih bercuti di luar negara? Atau...nak tunggu kerajaan pusat turun padang dan beri bantuan? Kepada rakyat Pulau Pinang....fikir-fikirkan siapa yang prihatin dalam hal seperti ini? Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...