Monday, December 15, 2014

SELAMAT TINGGAL TV3!!

ISNIN, 15 DIS 2014
TIADA lagi kelibat wartawan terkenal yang suka mengangkat tangan apabila melaporkan berita sensasi di TV3. Terkenal dengan dengan mengunakan 'bahasa kiasan' apabila menyampaikan berita di TV. Karam Singh Walia adalah di antara beberapa personaliti TV3 mengakhiri perkhidmatan mereka di Stesen TV Swasta itu hari ini, selepas menerima Skim Pembehentian Kerja (MSS- Mutual Separation Scheme). Antaranya, Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan banyak lagi. Mengikut sumber, pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST). Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro. Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. 

Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini. Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka. Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu. Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu. Apapun, itu bukan bererti kumpulan Media Prima akan 'gulung tikar'. Biasalah dalam dunia business adakalanya turun naik bak pasang surutnya air dilaut. Janganlah pulak ada pihak-pihak yang menunding jari kepada kerajaan yang kononnya ekonomi di negara ini kian tenat dan akan berlaku 'inflasi' dan sebagainya.

IBM yakin dengan berita di atas ini, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dan akan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pandai menguruskan negara. Apapun itu hanyalah andaian dari IBM bukan menuduh. Tapi...kita lihatlah sahaja nanti. Kepada personaliti TV3 yang terlibat dengan pembehentian kerja (MSS), jangan rasa resah dan gelisah. Rezeki dimana-mana. Apatah lagi dengan pengalaman yang korang ada, mana-mana syarikat pun boleh terima korang berkerja. IBM rasa ramai yang akan merindui mereka-mereka ini dengan cara dan gaya mereka bila muncul di kaca TV dengan program yang mana mereka menjadi hostnya. Selamat semua. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...