Wednesday, December 3, 2014

CHONG WEI SAMAN RAZIF SIDEK?

RABU, 03 DEC 2014
KALAU IBM duduk di tempat Datuk Lee Chong Wei, IBM pun akan saman. Mana tidaknya. Kenapa baru sekarang Razif Sidek keluarkan kenyataan akan penglibatan Datuk Lee menggunakkan dadah terlarang tersebut? Apa motif Razif sebenarnya? Kalau betul Razif orang yang jujur, dulu-dulu lagi beliau dah boleh tampil menasihatkan Lee Chong Wei supaya tidak mengambil dadah tersebut. Itu pun kalau betul. Tak salah rasanya sekiranya Razif menegur demi untuk kebaikan Lee Chong dan juga maruah negara di dalam dunia badminton. Ini tidak, dah berkurun, baru nak dedahkan. Berita semalam yang IBM dapat,  jaguh badminton negara itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan beliau akan menyaman Razif Sidek dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam penggunaan dadah. Dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Anda tidak boleh sesuka hati berkata sesuatu hanya kerana beliau terlibat dengan kes doping. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya, katanya kepada sebuah portal tempatan, semalam, Selasa. 

Chong Wei, 32, menyerahkan surat tuntutan melalui pasukan undang-undangnya, Song and Partners kepada Razif dan akhbar harian itu minggu lepas. Razif, dalam laporan itu telah mendakwa bahawa Chong Wei telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama dan disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Seperti yang kita tahu, bulan lalu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan. Chong Wei, yang gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF. 

Beliau berdepan penggantungan selama dua tahun. Harap, perkara seperti ini dapat kita hindarkan demi untuk menjaga nama baik negara dan pemain itu sendiri. Kepada Razif, jawab le ko. Dik kerana mulut celupar dan bukti yang tidak kukuh, kamu menuduh dan memburukkan nama orang yang telah mengharumkan nama negara. Kalau nak membetulkan keadaan, bukan begitu caranya. Itu fitnah dan mengaibkan orang. Ada sesiapa yang mengupah kau untuk menjatuhkan Lee Chong Wei ke?....Itu...hanya kau sahaja yang tahu. Jawab di Mahkamah jika saman Datuk Lee Chong menjadi. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...